Ramai yang rasa teruja bila dapat tahu chef terkenal antarabangsa, Gordon Ramsay telah membuka restorannya di Malaysia terletak di Hotel Sunway Resort.
Difahamkan, restoran mewah yang memiliki 7 Bintang Michelin itu adalah cawangan ke-36 dan berkonsepkan ‘Bar and Grill’.
Saya sering terpesona dengan Malaysia dan sangat gembira apabila ada peluang untuk membuka restoran di sana.”
Namun, sebuah video tular di aplikasi TikTok baru-baru ini mempamerkan makanan di restoran terbabit.
Rakaman itu dimuat naik oleh seorang individu yang telah pergi merasai pengalaman makan di restoran mewah terbabit.
Menerusi video tersebut, individu bernama Jamie itu menunjukkan menu ‘steak’ dipesannya yang masih merah dan mentah.
Saya rasa lembu ini masih ‘mooing’ (hidup).”
Menurut Jamie dia pesan ‘steak’ itu dimasak ‘medium rare’ dan perkongsiannya itu sehingga kini telah mendapat lebih 7.7 juta tontonan.
@jamieyeoh
Menjengah ruangan komen, ramai netizen terkejut dan memberikan respon masing-masing tentang keadaan ‘steak’ itu yang menggelikan.
Ada yang berkata Gordon pasti akan marah dengan chef yang memasak ‘steak’ tersebut kerana dia juga dikenali dengan sikap suka menengking ketika di dapur.
Sesetengah netizen pula diliahat mengambil inisiatif untuk ‘tag’ Gordon Ramsay sendiri di ruangan komen serta menggesa chef kedua terkaya di dunia itu untuk memberikan penjelasan.