Letak Nama Produk Jamu ‘Fefek’, Pempengaruh Akur Teguran Ibu – “Janganlah Buat Benda Yang ‘Trigger’ Orang”

Kehidupan

Letak Nama Produk Jamu ‘Fefek’, Pempengaruh Akur Teguran Ibu – “Janganlah Buat Benda Yang ‘Trigger’ Orang”

Personaliti media sosial dan usahawan, Sasha Abdul Aziz, memaklumkan akan menukar nama produk jamu keluarannya selepas menerima teguran daripada ibunya.

Menerusi satu hantaran di Threads, Sasha berkongsi bahawa ibunya menasihatinya supaya menukar nama jamu tersebut kerana perkataan yang digunakan dianggap tidak sesuai dan berpotensi mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan masyarakat.

Advertisement

sasha abdul aziz

“Adik (panggilan Sasha), tukarlah nama jamu tu, tak mahulah Jamu Fefek.”

“Adik janganlah buat benda yang boleh trigger orang,” tulis Sasha memetik kata-kata ibunya.

Sebagai seorang anak, Sasha berkata dia akur dengan nasihat tersebut meskipun mengakui produk berkenaan menerima sambutan yang baik daripada pembeli.

“Okay nama tu, ramai je beli. Baiklah. Disebabkan ibu yang nasihat maka kita kenalah tukar,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet tampil memberikan pelbagai cadangan nama baharu yang dianggap lebih sesuai dan mesra untuk dipasarkan. Dalam masa sama, terdapat juga segelintir pengguna media sosial yang meluahkan rasa kurang selesa dengan nama asal produk jamu itu kerana didakwa bersifat sensitif untuk dikomersialkan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

tengku bakar
2026-02-09 14:10:07

Ameera Khan Jawab Spekulasi Kini Bercinta Dengan Tengku Bakar, Perjelas Ciri Lelaki Idaman - "Kekasih Saya Perlu Baik Dan Kaya"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...