Letak Nama Ibu Sebagai Penjaga Kedua Anak-Anak, Shu Shukri Dituduh ‘Merentan’ – “Toxic Gila, Lagi Toxic Dari Bekas Laki Dia”

Hiburan

Letak Nama Ibu Sebagai Penjaga Kedua Anak-Anak, Shu Shukri Dituduh ‘Merentan’ – “Toxic Gila, Lagi Toxic Dari Bekas Laki Dia”

Nurul Shuhada Mat Shukri atau Shu dituduh merentan oleh seorang individu menerusi komen di Instagram yang turut mempersoal tindakan Shu meletakkan nama ibunya sebagai penjaga kedua anak-anaknya.

Kata individu tersebut tindakannya seolah-olah menunjukkan Shu mahu lepas tangan kerana terlalu sibuk dengan kerja malah turut menuduhnya toksik.

Advertisement

Anak kecil lagi mak sibuk sangat sampai tak ada masa. Pergi mahkamah letak nama nenek penjaga kedua. Tak ke terang lagi nyata di mak budak-budak ni sibuk sangat dengan kehidupan ala glamorous dia ni?

Individu berkenaan turut membezakan Shu dengan bekas suaminya, Hafidz Roshdi yang dikatakan tidak ‘merentan’ di media sosial sepertinya.

shu

Shu bagaimanapun tidak berdiam diri dan membidas kenyataan individu itu dan berkata dia sibuk bekerja untuk mencari rezeki menanggung kehidupan seharian bersama anak-anak.

Malah, ibu kepada dua anak itu turut memberi peringatan kepadanya untuk tidak menjolok sarang tebuan kerana dia bukanlah Shu yang dahulu.

shu

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...