Letak Jawatan Hanya Selepas Isu MH370 Selesai – Ahmad Jauhari Yahya

Trending

Letak Jawatan Hanya Selepas Isu MH370 Selesai – Ahmad Jauhari Yahya

Ketua Eksekutif Penerbangan Malaysia (MAS), Ahmad Jauhari Yahya berkata segala keputusan sama ada beliau akan meletak jawatan dari MAS hanya akan dilakukan selepas krisis kehilangan pesawat MH370 ini selesai.

Advertisement

“Adakah saya akan melepaskan jawatan saya ini, itu adalah keputusan peribadi yang hanya akan dilakukan selepas ini apabila segalanya selesai,” kata beliau ketika ditanya pemberita pada sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Beliau bersama-sama dengan Pengerusi MAS, Tan Sri Md Nor Yusof menerangkan bahawa perkara utama yang sangat penting untuk dilakukan pada saat ini ialah mencari pesawat tersebut yang disahkan hilang di kawasan selatan Lautan Hindi.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu sidang media tergemparnya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) mengesahkan bahawa perjalanan pesawat MH370 itu telah berakhir di selatan Lautan Hindi.

Pengesahan itu dilakukan selepas menerima maklumat kedudukan terakhir pesawat itu yang didasarkan kepada maklumat daripada data satelit yang diberikan oleh syarikat Britain, INMARSAT dan Bahagian Penyiasatan Nahas Udara United Kingdom (AAIB) dan mendapati pesawat Boeing 777-200 itu telah terbang ke jalur selatan isyarat terakhir yang dikesan daripada pesawat itu.

Sementara itu, Ahmad Jauhari juga menegaskan bahawa meskipun terdapat banyak permintaan dari keluarga dan waris penumpang pesawat tersebut dari negara China untuk terbang ke Australia bagi mengikuti perkembangan pencarian pesawat tersebut, kebenaran visa untuk ke negara tersebut hanya akan diberi oleh pihak Australia apabila bukti-bukti sahih mengenai penemuan pesawat tersebut di sekitar perairan negara itu benar-benar dijumpai.

“Kami telah diberitahu oleh pihak berkuasa Australia bahawa visa hanya akan diberi atau dikeluarkan apabila bukti-bukti sahih terhadap pesawat tersebut telah berjaya di temui,” katanya.

Pihak MAS kini telah menyerahkan sepenuhnya siasatan kehilangan kepada pihak berwajib.

Dalam pada itu, pihak MAS telah menyediakan program komprehensif sokongan kepada keluarga dan waris penumpang MH370 dimana seramai 700 kaunselor telah disediakan.

“Setiap keluarga akan disediakan dengan dua kaunselor ini dimana mereka ini akan memberi bantuan sokongan, kauseling emosi, dan kebajikan kepada mereka dan dalam masa 72 jam seramai 40 kaunselor lagi telah ditambah demi memberi membantu keluarga-keluarga yang ditimpa kesusahan ini,” katanya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

6 Comments

  1. Shah

    April 15, 2014 at 12:15 am

    Kalau Nak Letak Jawatan Pun Itulah Masalah Dia Mungkin ada yang lebih berpengalaman utk ganti beliau tak kisahlah yang melayu or bukan melayu yang penting dapat elak benda2 cam nie berlaku lagi di masa yang akan datang kerana ia membabitkan ekonomi negara …dan naikkan semula nama mas airlines itu yang penting

  2. ANONYMOUS SUOMYNONA

    March 26, 2014 at 12:40 pm

    letak jawatan bukan issue utk diselesaikan sekarang..ada tanggungjawab lebih besar utk diselesaikan i.e. cari MH370..kalau CEO ni tinggalkan MAS, akan ada mulut2 jahat esp dari Pembangkang yg akan kata CEO MAS lepas tangan..CEO MAS tak bertanggungjawab..dan sebagainya..ini semua soalan2 wartawan yg berbaur politik..so, kita lah yg kena bijak dalam membaca maksud / intipati berita2 seperti ini..

  3. julia

    March 26, 2014 at 9:36 am

    klau beliau ltk jwtan pstu dpt plk kt bkn melayu.. oh hrp2 tak la

  4. Anonymous

    March 26, 2014 at 1:08 am

    Awat dia pulak kena letak jawatan? Hang tak buat salah pa pun AJ oiii. Semua ni ketentuan Allah swt, kita tak tau. Mungkin ada slack sikit bab bg info, tapi manusia mmg laa dicipta lagu tuu, tak lari dari kesalahan. Sabaq naa AJ. Kami sentiasa di belakang hang!

  5. milah

    March 25, 2014 at 11:28 pm

    Abis tu..nak bagi keling ke jawatan ni?phuiii…

Loading...