“Letak Imej Anjing, Babi Pada Produk. Elakkan Pengguna Islam Keliru” – PPIM

Trending

“Letak Imej Anjing, Babi Pada Produk. Elakkan Pengguna Islam Keliru” – PPIM

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa peniaga segera meletakkan imej babi atau anjing pada produk yang menggunakan bahagian binatang berkenaan, lapor Free Malaysia Today.

Pengerusi PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, langkah itu bertujuan mengelakkan pengguna Islam daripada keliru dan terus membeli barangan yang diperbuat daripada sumber haram.

“Sebagai contoh, bukan semua pengguna tahu maksud porcine yang terdapat pada label sesuatu produk adalah babi. Namun jika imej babi diletakkan pada produk berkenaan, semua orang termasuk kanak-kanak akan tahu ia dihasilkan daripada haiwan itu,”
katanya pada sidang media bagi mengulas isu berus bulu babi, hari ini.

Advertisement

Katanya lagi, perkara itu bukan isu politik, agama atau perkauman kerana undang-undang yang sedia ada di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 menetapkan barangan yang diperbuat daripada babi atau anjing dilabelkan.

Di bawah akta yang sama juga, barang berkenaan perlu diletakkan secara berasingan daripada barang-barang lain yang terdapat di dalam premis.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sebelum ini memberi tempoh selama sebulan bermula 9 Februai kepada peniaga untuk melabelkan produk yang diperbuat daripada bulu binatang termasuk menyatakan secara khusus sama ada ia diperbuat daripada bahagian tubuh babi atau anjing.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...