Caprice tampil mencuri perhatian ramai menerusi satu hantaran terbarunya di Instagram.
Dalam hantaran itu, Caprice memaklumkan rumah saudaranya di Semenanjung Malaysia telah didatangi beberapa anggota polis yang cuba mencari keberadaannya.
Menurut penyanyi itu, anggota tersebut didakwa telah mengambil gambar kad pengenalan ibu saudara dan sepupu Caprice.
Sehubungan itu, Caprice berkata dia telah menghubungi beberapa balai polis bagi mendapatkan kepastian namun gagal. Dia kemudian menyifatkan pegawai polis berkenaan tidak layak digelar sang saka biru.
Dalam satu hantaran lain, Caprice memaklumkan dia tidak dapat mendedahkan punca secara langsung dia dicari pihak berkuasa.
Namun begitu, dia sempat memuat naik lagu Cindai dan menyebut perihal ‘VVIP’ selain berpendapat pihak polis sepatutnya menyelesaikan isu jenayah lebih serius dan bukannya isu remeh seperti ini.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.