Bagi peminat kopi, pastinya kafe-kafe terkenal seperti Starbucks, Zus Coffee dan sebagainya menjadi pilihan kegemaran mereka untuk mendapatkan kopi.
Namun, kebiasaannya harga yang dikenakan oleh kafe-kafe tersebut agak mahal dan tidak semua penggemar kopi mampu untuk membelinya.
Oleh itu, ramai penggemar kopi yang akan cuba untuk mencari pilihan lain dengan membeli kopi dengan peniaga-peniaga di tepi jalan.
Bagaimanapun, seorang pengguna Facebook telah meluahkan rasa kecewa dengan sesetengah peniaga di tepi jalan kerana menjual harga kopi mereka setanding dengan harga-harga kafe terkenal.
Peniaga besar macam Starbucks, Zus Coffee, Busk Bear tu mahal kita faham la sebab diorang banyak benda nak bayar.
Dalam pada itu, pengguna tersebut turut menjelaskan bahawa kebanyakkan pelanggan lebih memilih untuk membantu peniaga-peniaga jalanan tetapi harga yang dikenakan seolah tidak masuk akal.
Bukan orang tak nak support sebenarnya tapi tengok-tengok harga lebih kurang je. Baik dia pegi terus kedai mahal.
Bukan itu sahaja, pengguna itu juga mempersoalkan tindakan peniaga di tepi jalan mengenakan harga sedemikian memandangkan mereka tidak perlu untuk membayar sewa kedai atau kos pemasaran.
Tapak free je, packaging murah serupa air balang lain, iklan dekat highway ke YouTube pun tak payah bayar, lesen pun tak payah bayar, ni jual harga saing-saing jugak RM7-13.