Lesen Dicop Dan Tak Dibenarkan Memandu, Doktor Kongsi Kaedah Tangani Pemandu Mabuk Di Luar Negara

Kehidupan

Lesen Dicop Dan Tak Dibenarkan Memandu, Doktor Kongsi Kaedah Tangani Pemandu Mabuk Di Luar Negara

Masalah pemandu mabuk yang mengakibatkan kemalangan semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini. Bukan saja kemalangan ini membuatkan ada mangsa yang terkorban malah undang-undang yang dikenakan pada pemandu mabuk seperti tidak mampu memberi pengajaran kepada mereka.

Baca: (Video) Lagi Kes Kemalangan Akibat Pemandu Mabuk, Kali Ini Libatkan Kereta Dipandu Ahli Keluarga Bomba

Advertisement

Kalau anda nak tahu, di luar negara kebiasaannya pemandu perlu menggunakan alat pengesan alkohol untuk mengesan tahap alkohol dalam badan pemandu semasa road block jalan raya. Jika alkohol berada pada tahap tak sepatutnya, enjin kereta takkan boleh dihidupkan.

Lesen dicop

lesen memandu

Benda ni dia chop kat semua pemandu yang gagal ujian alkohol dekat road block. Alat sama dipasang pada kereta dan connected to the engine. (Kos sapa bayar? Pesakit ler. Hahaha. Dia bayar installment bulan-bulan). Selepas bayar saman yang agak tinggi, alat ini dipasang untuk satu masa tertentu yang ditetapkan oleh Mahkamah.

Jika dia nak drive, dia kena blow nafas into the device dan kalau below accepted level, maka engin akan start. Kalau above accepted level, enjin tak mau hidup.

Lepas setahun ke 3 tahun, chop kat lesen memandu tu akan ditukar kepada “alcohol free” dan dalam masa 3 tahun kalau kena kantoi lagi semasa bawak “alcohol free”, maka mahkamah boleh kenakan hukum yang lagi berat, iaitu deported balik ke negara asal atau ke dalam lokap.

Advertisement

Tiga pertukaran lesen

So ada 3 stage pertukaran lesen memandu. Dari yang ORI tanpa chop kepada yang ada chop “Alcohol Interlock”. Kalau lepas stage ini, tukar pada chop “Alcohol Free”. Dan hanya kalau lepas probation period ini, barula dapat semula lesen memandu asal yang takde apa-apa chop tambahan. Ini memudahkan kerja polis. Semua kos tukar lesen ni pemandu la tanggung jugak.

Ramai yang geliga akan kata, boleh je suruh org lain tiup ke alat tu dan enjin on boleh drive, tapi tak ada siapa berani buat.

Sebab road block dia kerap, kalau kantoi guna nafas org lain untuk hidupkan enjin, hukuman dia lagi bertambah berat segunung melantun-lantun Hakim dia akan jatuhkan. Ada berani?

Aku sendiri banyak kali dah kena tiup alat tu, itu dengan stethoscope kat seat baru balik klinik. Kena tiup gak. Takde double standard. Gambar lesen tu my patient punya lesen. Dah mintak izin dia. Dia kata okay je. Bukan beshe-beshe dia punya lesen memandu.

Sebelum ni, ada my pesakit yang datang lepas 3 bulan kena gantung lesen, kena buat ujian darah kat klinik untuk check liver function test. Hanya jika GGT dia untuk liver function clear saja baru dia dapat drive semula.

Di Malaysia, buat masa ini pemandu yang didapati bersalah akan menerima hukuman penjara selama tidak kurang dari 3 tahun dan tidak lebih dari 10 tahun dan denda sebanyak RM8,000 hingga RM10,000 megikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel berkaitan: Hukuman Bagi Pemandu Mabuk Bakal Diubah Kepada Hukuman Penjara 20 Tahun

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...