Rakaman video yang memaparkan kemesraan isteri Shuib Sepahtu, Watie Hanifiah dan anak lelaki, Matin menjadi perhatian ramai.
Dalam video yang tular itu, Matin yang kini berusia 6 tahun kelihatan amat rapat dengan ibu tirinya hinggakan sering mencium pipi Watie.
Difahamkan, Matin memang sangat rapat dengan Watie dan sering bermanja dengannya.
Dapat dilihat juga, Watie yang kini dipanggil oleh anak-anak sebagai Mummy memang ada sikap seorang ibu penyanyang dan ikhlas menjaga mereka.
Susulan video tersebut telah mendapat perhatian netizen, rata-rata yang meninggalkan komen berasa sebak serta berterima kasih kepada Watie kerana tidak pernah sesaat pun mengabaikan anak-anak Shuib.
Dalam pada masa yang sama, ramai juga yang berkata Matin rindu untuk bermanja dengan ibunya, jadi dengan keberadaan Watie, maka rasa rindu dapat diubati.
Sekadar info, Shuib Sepahtu dan Watie Hanifiah telah mendirikan rumah tangga pada Jun lalu dan kata wanita itu, dia tidak mempunyai rancangan untuk mempunyai zuirat dan hanya mahu fokus kepada Uwais, Talita, Matin dan, Ayash.