“Lepas Satu, Satu Drama. Pergilah Cari Ahli Terapi…” – Penulisan ‘Deep’ Shila Amzah, Beri Pesanan Tentang Kehidupan

Hiburan

“Lepas Satu, Satu Drama. Pergilah Cari Ahli Terapi…” – Penulisan ‘Deep’ Shila Amzah, Beri Pesanan Tentang Kehidupan

Menerusi akaun Threads, penyanyi Shila Amzah berkongsi kata-kata renungan yang boleh buat sesiapa sahaja muhasabah diri tentang kehidupan di dunia.

Tulis Shila, manusia hanya perlu fokus dengan kehidupan sendiri di samping mempunyai kawan yang berkualiti dan memilih suami yang tepat.

Advertisement

Lepas satu, satu drama. Fokus sahaja dengan kehidupan kamu. Kurangkan kawan, pilih suami yang tepat.

Shila Amzah

Buat pilihan betul dalam kehidupan

Tambah Shila, setiap orang mempunyai hak untuk memilih jadi buatlah pilihan yang betul dalam apa sahaja perkara, untuk diri kita dan jangan sabotaj diri sendiri.

Menyalahkan orang lain tentang segala hal bukanlah cara yang betul untuk menjalani kehidupan. Jika kamu perlukan bantuan, cari. Carilah seorang ahli terapi.

Ayat terakhir ditulis Shila juga begitu mendalam dan memberi makna untuk semua orang agar tidak terlalu terkejar-kejar kehidupan yang sempurna.

Hidup ini memang ditakdirkan untuk tidak sempurna tetapi itu tidak mengapa.

 

View on Threads

 

Meski kata-kata itu tidak semestinya ditujukan kepada sesiapa namun apa yang ditulis Shila mungkin boleh memberi ketenangan kepada mana-mana pihak atau sesiapa sahaja yang membacanya.

Sama-sama kita muhasabah diri.

Syada amzah
2025-08-20 20:41:58

"Aku Ada Semua Bukti, Last Warning!" - Pempengaruh Beri Amaran Kepada Syada Amzah, Berhenti Tabur Fitnah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...