Beberapa hari lepas, tular sebuah rakaman video menunjukkan seorang lelaki mengamuk dan memecahkan cermin kereta. Video tersebut mendapat perhatian ramai netizen di media sosial yang berasa berang dengan tindakan lelaki tersebut apatah lagi dua anaknya dilihat berada di dalam kereta berkenaan.
Baca: Netizen Naik Geram Berikutan Tular Video Suami Baran Pecahkan Cermin Kereta Depan Anak
Tampil memberi penjelasan, isteri lelaki tersebut, Amira Nabila Edy Rozimy, 24, telah menceritakan semula tentang situasi sebenar ketika kejadian itu berlaku. Menurut mStar, Amira Nabila Edy Rozimy, 24, berkata kejadian tersebut bukanlah kali pertama berlaku dalam rumah tangganya.
“Selepas dia pecahkan tingkap, dia ambil anak saya yang sulung. Saya undur kereta sampai depan rumah dan bawa anak kedua masuk dalam rumah.”
Dalam keadaan yang panik, Amira berkata dia tidak mematikan enjin kereta dan suaminya kemudian datang ke rumah meninggalkan anak sulung yang diambilnya tadi. Lelaki itu kemudian memandu kereta Amira ke balai polis dan membuat laporan.
Dia buat laporan ke atas saya.”
Kerana tidak mempunyai kenderaan lain, Amira terpaksa menunggu ibu bapanya pulang untuk membuat laporan polis. Tiba di balai polis, suaminya sudah berada di kaunter laporan dan telah memberikan keterangan.
Kata suaminya, Amira cuba mencederakannya dengan menutup tingkat kereta ketika dia sedang memasukkan tangan untuk memberi wang.
Nasib baik saya ada video tu sebagai bukti. Saya tunjuk pada IO yang in charged itu.”
Kes itu kemudian diselesaikan kerana laporan dibuat oleh suami Amira dikira palsu kerana tidak sama dengan apa yang telah terjadi.
Bukan itu saja, kedua-dua anaknya masih terkejut dan mengalami kesan mental selepas trauma dengan apa yang berlaku di depan mata mereka. Anak keduanya pula dikatakan alami luka di pergelangan kaki dan bengkak di dahi.
Dia (anak sulung) tak trauma sangat tapi adiknya setiap malam asyik menangis saja.”
Anda boleh tonton video penuh temu ramah bersama Amira di bawah ini.