“Lepas Ni Kena Ambik Watak Penyondol Yang Alim, Bertudung, Acah-Acah Suci” – Michael Ang

Hiburan

“Lepas Ni Kena Ambik Watak Penyondol Yang Alim, Bertudung, Acah-Acah Suci” – Michael Ang

Seperti yang ramai tahu, sejak kebelakangan ini, isu masalah rumah tangga yang melibatkan orang ketiga atau penyondol semakin menjadi perhatian dan bualan hangat orang ramai.

Begitu jugalah yang tular baru-baru ini, mengenai seorang influencer TikTok yang didakwa berlaku curang terhadap isterinya dengan staf pekerja sendiri.

Advertisement

Tampil memberi pandangan, pengarah terkenal, Michael Ang berkata sekiranya dahulu pelakon yang memegang watak penyondol kebiasaannya wanita yang tidak berhijab dan seksi.

Tiba-tiba terfikir kalau dulu buat cerita watak penyondol selalu perempuan tu color rambut, make up tebal and pakai seksi! Betul tak?

Namun kini, Michael lebih memilih untuk mengambil pelakon yang bertudung dan alim untuk memegang watak berkenaan kerana dianggap sesuai dengan isu semasa.

Tapi lepas ini kalau nak cast penyondol kena ambik yang nampak alim dan bertudung, acah-acah suci. Baru tu reality!

Dalam pada itu, pengarah berusia 47 tahun itu menyelar tindakan TikTokers berkenaan yang dianggap memalukan.

By the way, itu TikTokers you very “so hai”. Lu ingat tukar agama tu suka suka ah? Orang macam lu la buat orang macam kita malu! Lu lagi baik pergi mampus la!

Terdahulu, seorang influencer dikenali sebagai View Chin didakwa berlaku curang terhadap isterinya, Shermine Hau-Ah moi apabila dipercayai melakukan hubungan terlarang dengan staf pekerja sendiri bernama Mira.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

"Sorry Lah, Saya Tak Akan Terperangkap Lagi" - Isteri Dedah View Chin Merayu Nak Berbaik

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...