“Lepas Ni, Aku Nak Minta RM300..” – Suhaimi Saad Perjelaskan Sebab Minta Caj Ekstra Urut Di Platform Cari Pasangan

Hiburan

“Lepas Ni, Aku Nak Minta RM300..” – Suhaimi Saad Perjelaskan Sebab Minta Caj Ekstra Urut Di Platform Cari Pasangan

Ramai yang nyata terkejut apabila didedahkan bahawa bekas anggota kumpulan nasyid iaitu Suhaimi Saad menawarkan perkhidmatan urut menerusi platform cari pasangan sejenis.

suhaimi saad
4 years ago

"Dalam Grind* Memang Aku" - Suhaimi Saad Akui Tawar Perkhidmatan Urut Di Platform Cari Pasangan?

Advertisement

Menjadi perbualan hangat ramai netizen, lelaki itu tampil menjelaskan perkara sebenar di sebalik perkongsian mesej di antara dia dan individu tersebut yang mendakwa penyanyi itu menawarkan servis tidak senonoh.

Katanya, dia meminta bayaran tambahan sebanyak RM100 kepada pengguna itu sebagai cara untuk menghentikan perbualan tidak berfaedah tersebut.

suhaimi saad

Apabila diminta melakukan aksi yang tidak senonoh, Suhaimi Saad dilihat tegas membalasnya.

“Aku dah kahwin. Aku tukang urut. Kalau nak semua tu, cari orang lain.”

suhaimi saad

Disebabkan sudah lali dengan pertanyaan mengenai aktiviti tidak bermoral itu, penyanyi nasyid itu membuat keputusan untuk menggunakan teknik meminta bayaran lebih mahal bagi menghentikan perbualan tersebut.

“Tiap tiap masa soalan itu ditanya. Dah lali, sebab itu bila datang time malas nak layan, aku jawab je ‘tambah 100?. Nanti dia diam la. Sebab tak mampu. Lepas ini aku nak jawab 300 pula.”

Daripada penjelasan ini, Suhaimi Saad terus menegaskan bahawa dia menggunakn platform tersebut untuk mempromosikan perkhidmatan urut dan bukannya bagi menjalani aktiviti tidak senonoh.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Murai

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...