Lepas Nak Jersi Utama Warna Pink, Datuk Vida Bakal Duduk Di Bangku Simpanan Pemain

Trending

Lepas Nak Jersi Utama Warna Pink, Datuk Vida Bakal Duduk Di Bangku Simpanan Pemain

vdia-1

Semalam admin kongsikan bahawa Datuk Vida berasa bengang dengan KAFA ekoran keputusan KAFA yang memutuskan hendak mengekalkan warna tradisi pasukan Kelantan berwarna merah kerana ia telah melanggar perjanjian seperti yang dipersetujui.

Advertisement

Terkini, satu persatu syarat yang dikenakan terhadap KAFA didedahkan oleh Datuk Vida sendiri iaitu mahu berada di bangku simpanan pemain pula. Adakah beliau akan duduk bersama-sama barisan kejurulatihan pasukan Kelantan?

Mahu jawatan pengurus eksekutif

vidaa

Bercakap kepada BH Online, Datuk Seri Vida meminta dirinya dilantik sebagai pengurus eksekutif untuk skuad Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW), berkuat uasa bermula musim ini.

Jawatan tersebut merupakan jawatan baru yang membolehkan beliau duduk bersama pemain di kerusi simpanan.

Apabila saya dilantik sebagai pengurus eksekutif, saya boleh berada di kerusi pemain simpanan bersama Ketua Jurulatih, K Devan sepanjang perlawanan Liga M diadakan musim ini.

 

Saya tidak mahu berada di kerusi jemputan khas kerana agak jauh berbanding dengan kerusi di sebelah padang. Jawatan itu belum ada sebelum ini dan akan diwujudkan.

 

Tak campur urusan pemain

quu-1

Namun Datuk Seri Vida turut menolak dakwaan bahawa dirinya akan mencampuri urusan pemain. Ia cuma sekadar mahu berhadapan dengan barisan pegawai,jurulatih dan pemain sahaja.

Ia tidak bermaksud saya mahu mencampuri pengurusan pemain, sebaliknya saya hanya mahu di hadapan bersama pemain setiap kali ada perlawanan

 

Sumber  : BH Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...