Lepas Meniaga Kek, Mila Jirin Jual Durian Pula Untuk Bayar Gaji Pekerja

Hiburan

Lepas Meniaga Kek, Mila Jirin Jual Durian Pula Untuk Bayar Gaji Pekerja

Penyanyi Mila Jirin mengambil inisiatif menjual buah durian sebagai tambahan bagi punca pendapatannya selepas sebelum ini menjual kek bagi memastikan pendapatan pekerja tidak terjejas susulan pandemik COVID-19 yang melanda negara ketika ini.

mila jirin jual durian

Advertisement

Menurut Mila, perkara ini dilakukannya supaya pekerjanya terus mempunyai gaji dan menampung kos operasi syarikat miliknya yang difahamkan terpaksa dihentikan perasi seanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

“Ramai kawan tanya betul ke saya jual durian, ya memang betul buat pertama kali kami meniaga durian di Puchog, Selangor.”

Ujar Mila menerusi sebuah posting di laman instagramnya, beliau turut mendedahkan dirinya terpaksa berbuat demikian bertujuan untuk menampung kos pengurusan syarikat dan gaji pekerja yang menelan hamper RM200,000 sebulan.

Tambah Mila, beliau langsung tidak malu mengakui dirinya kini merupakan usahawan buah durian malah perkara itu sebaliknya bertujuan menambah pendapatan syarikat dan bukan untuk mengejar keuntungan semata-mata.

mila jirin jual durian

“Saya selalu cakap dengan staf saya ini adalah rezeki kerana kita berniaga hari ini bukan untuk mengejar keuntungan syarikat tapi untuk menampung kos operasi.”

Terdahulu, penyanyi lagu Persis Mutiara ini yang juga pemilik syarikat perancang perkahwnan Bizmilla mengakui perniagaannya berdepan sitasi sukar. Bagaimanapun, dirinya tetap tidak membiarkan semua pekerjanya hilang punca pendapatan dan berusaha mencari solusi bagi memastikan perniagaanya tetap berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...