Lepas Menang Hak Penjagaan Anak, Bekas Madu Miera Leyana Failkan 3 Tuntutan Lagi

Hiburan

Lepas Menang Hak Penjagaan Anak, Bekas Madu Miera Leyana Failkan 3 Tuntutan Lagi

Selepas berjaya mendapatkan hak penjagaan kekal terhadap tiga orang anaknya pada Februari lalu, bekas madu kepada pelakon Miera Liyana iaitu Adibah Abdul Mutalib telah memfailkan tuntutan nafkah anak, nafkah iddah dan muta’ah terhadap bekas suaminya, Rosland Othman.

Memetik laporan Harian Metro, perbicaraan pertama bagi kes tuntutan nafkah yang difailkan oleh Adibah berlangsung hari ini di Mahkamah Rendah Syariah Putrajaya, di hadapan Hakim Syarie Dr Roziana Mat Amin dan tuntutan ini difailkan oleh Adibah pada 25 Jun lalu.

Advertisement

Menurut peguam Adibah iaitu Nur Sakienah Hasnun Saifuddin, prosiding hari ini melibatkan sebutan pertama bagi tiga tuntutan serentak iaitu nafkah anak, nafkah iddah, dan tuntutan muta’ah yang dikemukakan oleh pihak plaintif (Adibah).

Semua sebutan (nafkah anak, nafkah iddah) termasuk muta’ah adalah kali pertama. Kita laporkan penyampaian yang sudah berjaya dibuat (untuk tuntutan difailkan) kepada pihak peguam dilantik mewakili defendan (Rosland).

Seterusnya, untuk hari ini (perbicaraan) juga pihak defendan akan memasukkan pembelaan dan bagi sebutan kes muta’ah di Mahkamah Tinggi Syariah Putrajaya pada 13 Ogos depan.

Ia hanya untuk sebutan sahaja bagi pihak defendan memasukkan pembelaan mereka (13 Ogos) dan kita kemudiannya akan membalas pembelaan itu.

Tuntut jumlah yang wajar

Menurut peguam itu lagi, sebutan kes tuntutan nafkah anak dan nafkah iddah pula akan dibuat di Mahkamah Rendah Syariah Putrajaya pada 26 Ogos depan untuk anak guamnya (Adibah) menjawab pembelaan.

adibah madu miera leyana

Dalam pada itu, peguam itu turut menjelaskan Adibah menuntut jumlah yang sewajarnya berdasarkan keperluannya dan anak-anak.

Terdahulu, Adibah dan Rosland disahkan bercerai dengan talak satu pada 3 Ogos 2023 di hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Siti Noraini Mohd Ali di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Pasangan itu sebelum ini telah mendirikan rumah tangga selama 28 tahun sejak 3 Jun 1995 dan dikurniakan lima orang anak perempuan sepanjang perkahwinan mereka.

Namun begitu, Rosland yang juga seorang ahli perniagaan telah berkahwin kali kedua dengan pelakon Miera Leyana pada Julai 2020. Hasil perkahwinan itu, mereka kini mempunyai dua orang anak perempuan.

Adibah juga sebelum ini berdepan perjuangan selama dua tahun untuk mendapatkan hak penjagaan kekal terhadap tiga anaknya iaitu Nur Liyana, Nur Anissa dan Nurin Tasnim selepas Rosland memfailkan tuntutan hadanah pada 24 Mac 2023.

bekas madu miera liyana
2025-06-19 10:14:01

"Tak Ada Siapa Kahwin Nak End Up Single, 28 Tahun Hilang Macam Tu Je.." - Bekas Madu Miera Liyana Menang Hak Jagaan Anak Sepenuhnya

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...