Satu perkongsian di media sosial baru-baru ini telah menjadi bahan perdebatan netizen apabila seorang individu meluahkan rasa kesal kerana menjadi mangsa layanan berat sebelah oleh ibu bapanya sendiri.
Kata individu yang enggan dikenali itu, ibu bapanya seperti berat sebelah dalam memberi layanan kerana adik-beradiknya mempunyai kerjaya yang hebat dan lebih bagus berbanding dirinya.
Tulisnya lagi, layanan ‘istimewa’ itu lebih jelas ketika musim perayaan seperti Aidilfitri misalnya.
Aku tak suka sangat sambut raya. Abang dan kakak dah berjaya bila datang rumah ni macam VIP. Kena kemas bilik untuk mereka, kena siapkan makan minum semua.
Padahal dia ahli keluarga sama macam aku? Tak kan sebab aku kerja biasa-biasa aku nak kena layan mereka.
Individu itu turut menyifatkan perangai adik beradiknya itu tidak ubah seperti ‘diva’ kerana segala keperluan disiapkan malah mengadu rumah di kampung panas pula.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen ramai yang meninggalkan komen pengalaman serupa seperti individu itu.
Kata mereka, ramai keluarga mempunyai gelagat dan isu yang sama dan menasihatkan agar pengadu lebih tegas dan mempertahankan diri supaya tidak dipijak di kemudian hari.
“Cuba jangan balik raya tahun depan. Balik raya kedua je. Jangan balik awal, biar mereka kena buat semua benda sendiri.” cadang seorang netizen di bahagian komen.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.