Lepas Kahwin Baru, Aidil Lupa Sumpah Dia – Rita Rudaini

Hiburan

Lepas Kahwin Baru, Aidil Lupa Sumpah Dia – Rita Rudaini

Abang Nara sebenarnya bukanlah tak suka Rita Rudaini. Abang Nara kesian juga dengan apa yang melanda dirinya terutama yang melibatkan nafkah anak-anaknya. Namun apabila seringkali bercerita yang buruk mengenai bekas suaminya, Aidil Zafuan, Abang Nara rasa ‘annoying’ jugak. Mungkin Rita rasa perlu untuk meluahkan perasaannya. Namun bagi Abang Nara, sesetengah perkara tidaklah perlu diwar-warkan kepada orang ramai.
rita dan aidiNamun itu hanyalah pendapat Abang Nara. Setiap orang ada pendapat mereka yang tersendiri. Apa pun, Abang Nara sedih juga membaca luahan hati Rita mengenai bekas suaminya yang lupa akan sumpahnya untuk meluangkan lebih masa bersama anak-anak. Mungkin Aidil masih dalam fasa bulan madu. Kenalah bagi peluang untuk Aidil juga kan? Kata Rita menerusi MalaysianDigest:-

Dia tak ada bertanya khabar apatahlagi ambil tahu hal anak-anak sejak dia kahwin. Kali terakhir dia bersama anak-anak ialah 2 minggu sebelum dia kahwin. Dia SMS saya bertanya, boleh ker dia nak jumpa anak-anak? Saya kata, kenapa pula nak tanya macam tu, sedangkan itu memang tanggungjawab dia.

Dia minta saya bagi dia peluang tebus kesilapan dia selama ni pada anak-anak. Masa tu saya terfikir inilah ruang untuk kenalkan dia pada anak-anak. Sebab Arjuna memang langsung tak kenal dia. Rayyan pula, anak yang sensitif. Dia tahu yang Aidil tu bapanya tapi dia tak mahu mengaku.

Jadi saya benarkan Aidil datang rumah, tidur dengan anak-anak. Hampir setiap hari dia datang jumpa anak-anak. Saya masakan untuk dia dan anak-anak, mereka makan bersama. Saya seronok bila tengok Arjuna dah mula kenal daddy dia. Tapi bila budak-budak tu dah mula nak mesra dengan dia, dia boleh tinggalkan macam tu saja. Langsung tak jenguk anak-anak sampailah ke hari ini.

Saya jadi marah pada dia sebab dah elok-elok anak-anak mula nak pada dia, dia sekali lagi tinggalkan masalah pada saya. Anak-anak dah mula tanya, mana daddy? Kenapa daddy tak datang? Lebih-lebih lagi Arjuna, kadang-kadang bila tengok TV, dia cakap lelaki dalam TV tu macam daddy dia, padahal bukan. Mulanya saya beritahu pada anak-anak, yang daddy mereka sibuk bekerja. Tapi sampai bila saya nak berbohong dengan anak-anak saya?

Saya sedih dan pantang kalau orang main-mainkan perasaan anak-anak saya. Dia ingat anak-anak saya tu anak kucing? Banyak kali dia bersumpah pasal anak-anak dengan saya. Tapi lepas dia kahwin baru, dia lupa sumpah dia. Sekarang ni sumpah dia tu dah tak boleh pakai. Kalau lepas ni dia nak jumpa anak-anak, pandai-pandai lah dia fikir sendiri

Advertisement

rita dan aidil

Rasanya kes Rita dan Aidil ini sampai ke sudah tak akan habis sekiranya kedua-dua pihak tidak mahu lebih bertanggungjawab. Aidil kena bertanggungjawab terhadap anak-anaknya, Rita pun kenalah rasa lebih bertanggungjawab untuk tidak banyak bercerita mengenai bekas suaminya. Semoga ada jalan penyelesaian untuk mereka berdua. Kesian pula Abang Nara tengok dari dulu-dulu lagi tak habis-habis kisah mereka ini. Tak gitu?

P.S: Gaji dan faedah kakitangan Perodua naik 10 peratus

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...