“Lepas Ini Saya Perlu Libatkan Keluarga, Kalau Di Luar Pun Saya Tak Pernah Pakai Pakaian Mencolok Mata” – Linda Rafar

Hiburan

“Lepas Ini Saya Perlu Libatkan Keluarga, Kalau Di Luar Pun Saya Tak Pernah Pakai Pakaian Mencolok Mata” – Linda Rafar

Penyanyi, Linda Rafar akhirnya memberi penjelasan mengenai penampilannya sewaktu di konsert Elite Live 25 in Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

Sewaktu ditemubual oleh pihak media, Linda atau nama sebenar, Azlinda Abdul Rafar imej yang digayakan telah pun dibincangkan terlebih dahulu bersama perunding imej bagi konsert tersebut dan mencuba untuk mendapatkan penampilan yang bersesuaian.

Advertisement

Penurunan berat badan buatkan tarian lebih lincah dari ahli lain

Sepatutnya baju itu berwarna emas tapi kami tak sangka pula pakai warna hitam pun masih jelas pergerakan tubuh. Itu mungkin salah satu kesilapan kami. Mungkin tarian dan juga pencahayaan di tempat itu juga turut menjadi faktor. Saya dan team telah cuba sedaya upaya untuk tak nak nampak keterlaluan malah kami pun tak mahu perkara sebegini berlaku tapi ia pun sudah terjadi.

Dalam pada itu, Linda juga berkata barang kali susulan penurunan berat badan, tariannya kelihatan lebih lincah berbanding anggota Elite yang lain.

Pergerakan kami semua nampak lain kerana masing-masing mempunyai bentuk badan dan pakaian yang berbeza. Bukan kerana saya over, tapi bentuk badan dan pakaian saya tak sama dengan yang lain.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Linda Rafar (@lindarafar)

Ambil iktibar, akan minta pandangan keluarga selepas ini

Biarpun begitu, ahli kumpulan Elite tersebut berkata dirinya mengambil iktibar daripada isu yang berlaku dan berjanji akan lebih berhati-hati dalam memilih imej yang sesuai iaitu dengan meminta pendapat keluarga.

Selepas ini, saya perlu melibatkan keluarga dan minta pandangan mereka sebelum memilih pakaian untuk membuat persembahan. Kalau saya di luar pun, saya tak pernah pakai pakaian menjolok mata dan itulah diri saya yang sebenar.

Walaupun sudah cuba untuk menjadi baik, tetapi Linda mengakui sebagai manusia biasa, dia juga terkesan dan berasa sedih dengan tohmahan yang dilemparkan oleh netizen.

Sebelum ini, nama Linda Rafar menjadi sasaran kecaman warganet susulan didakwa penampilan sewaktu malam konsert sama sekali tidak menggambarkan seperti wanita berhijab.

linda rafar
2025-09-23 10:58:43

"Saya Takkan Maafkan Mereka Yang Mengaibkan Saya" - Linda Rafar Bersuara Isu Pakai Seksi Ketika Konsert Elite

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...