“Lepas Hujan Muncul Pelangi Indah” – Berpelukan Sambil Jalan, Ramai Gembira Tengok Shuk & Rossa Sera

Hiburan

“Lepas Hujan Muncul Pelangi Indah” – Berpelukan Sambil Jalan, Ramai Gembira Tengok Shuk & Rossa Sera

Sedia maklum, beberapa hari yang lalu, pelawak Shuk Sahar ada memuat naik video di platform media sosial memaparkan dirinya menunaikan Umrah di Tanah Suci bersama isteri, Rossa Sera dan memang mendapat perhatian ramai.

Kali ini, video sweet mereka pula menjadi bualan ramai setelah dikongsikan oleh Sera di akaun rasmi TikToknya, semalam.

Advertisement

Melalui video pendek yang dimuat naik itu, kelihatan hubungan suami isteri itu semakin baik hingga Sera boleh menyuapkan buah strawberi kepada Shuk.

Dalam pada video yang sama, Shuk juga kelihatan sedang menerangkan info tentang Masjid Quba yang dikatakan masjid pertama dibina Rasulullah S.A.W sewaktu tiba di daerah Quba.

Bahkan mereka juga kelihatan sangat mesra berjalan sambil berpelukan sewaktu menikmati keindahan tempat-tempat bersejarah di Madinah.

komen netizen

Meninjau di ruangan komen posting tersebut, rata-rata netizen meluahkan rasa gembira serta syukur kerana hubungan suami isteri tersebut sudah semakin pulih dan masing-masing cuba untuk perbaiki menjadi lebih baik dari yang sebelum ini.

Sekadar info, Shuk Sahar dan Rossa Sera mendirikan rumah tangga pada tahun 2015 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan yang diberi nama Nur Qurratu Ain dan Nur Assyifatu Aimi.

Shuk Sahar Rossa Umrah
2 years ago

(VIDEO) "Semoga Berjodoh Kembali" - Peminat Teruja Lihat Shuk Sahar Tunai Umrah Bersama Rossa Sera

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...