“Lepas Dia Popular, Saya Sudah Tak Ada Makna Bagi Dia” – Mak Anna Jobling

Hiburan

“Lepas Dia Popular, Saya Sudah Tak Ada Makna Bagi Dia” – Mak Anna Jobling

Hubungan pelakon Anna Jobling dan ibunya, Ariz Arop, dilaporkan tegang sejak sekian lama, dipercayai berpunca daripada campur tangan pihak ketiga dalam urusan peribadi dan kerjaya seni Anna.

Ariz mendedahkan dalam sesi siaran langsung di Instagram bahawa pengurusan, peguam, dan kelab peminat anaknya kerap mengganggu urusan mereka sehingga dia terasa dipinggirkan.

Advertisement

Lepas dia popular, saya sudah tak ada makna bagi dia. Banyak punca, termasuk campur tangan pihak ketiga.

anna jobling belakangi ibu

Ariz menegaskan perselisihan sering berlaku akibat pengaruh pengurusan dan admin kelab peminat.

Ariz juga mempertahankan kaedah mendidik Anna,

Bukan untuk dera, cuma nak dia jadi baik dan menghormati kami. Anna kini popular dan banyak berubah, tapi saya sudah lakukan yang terbaik.

Ariz menegaskan ini adalah ujian hidup dan menyeru netizen agar tidak cepat membuat kesimpulan. Sementara itu, cubaan mendapatkan komen Anna dan pengurusannya tidak berjaya.

kak km sebelahi anna
2025-08-13 14:47:51

Kak KM 'Back Up' Anna Jobling Dalam Isu Sengketa Dengan Ibu - "Aku Boleh Baca Orang"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...