“Lepas Cerai Boleh Nampak Siapa Makin Better, Siapa Makin Tak Betul” – Netizen Kagum Lihat Perubahan Cik Epal Kini

Trending

“Lepas Cerai Boleh Nampak Siapa Makin Better, Siapa Makin Tak Betul” – Netizen Kagum Lihat Perubahan Cik Epal Kini

Sebuah entri di Threads menarik perhatian ramai apabila seorang pengguna berkongsi pandangan mengenai perjalanan hidup personaliti media sosial, Cik Epal, selepas melalui episod kegagalan rumah tangga.

Menurut perkongsian itu, Cik Epal sebelum ini pernah menghabiskan hampir 10 tahun hidup terperuk tanpa banyak berkawan kerana memilih untuk menjadi seorang isteri yang setia. Namun, pengorbanan tersebut dikhianati apabila suaminya berlaku curang.

Advertisement

 

View on Threads

 

Kini, selepas bercerai, Cik Epal dilihat semakin berkembang dan yakin dengan dirinya. Dia mula berkawan dengan kelompok berpengaruh, malah sering dilihat berada dalam lingkungan usahawan serta artis ternama tanah air. Antara nama yang dikaitkan termasuk pemilik jenama besar seperti Cubrêmi, Terlajak Laris, Anas, Kunafa Aiwah dan Jakel.

Pengguna tersebut turut mendoakan agar Cik Epal terus berjaya, termasuk dengan perniagaannya, Pizza Mendonia. “She’s evolving & flourishing. Dia lega bercerai dan minda dia dah bebas. Lepas cerai boleh nampak siapa yang makin better, siapa yang makin tak betul. Love CE yang sekarang,” tulisnya.

Hantaran itu mendapat sokongan ramai yang kagum melihat transformasi Cik Epal, malah ada yang menjadikan kisahnya sebagai inspirasi untuk bangkit lebih kuat selepas melalui kegagalan dalam hubungan.

cik epal diperli jofliam
2025-09-09 13:51:45

"Tak Mati Lah Sebut Mama Yuki Hantar Esok" - Netizen Dakwa Jofliam Tak Mahu Langsung Sebut Nama Cik Epal?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...