“Lepas Beli Rumah Baru Fikir,” Neeta Manisha Belum Terfikir Untuk Berkahwin

Hiburan

“Lepas Beli Rumah Baru Fikir,” Neeta Manisha Belum Terfikir Untuk Berkahwin

Penyanyi kecil molek, Neeta Manisha berkata dia kini masih belum terfikir untuk mendirikan rumah tangga walaupun umurnya kini sudah mencecah 26 tahun.

Menurutnya, dia hanya mahu memikirkan soal kahwin apabila sudah memiliki kediaman sendiri nanti.

Advertisement

“Dulu masa kecil, bila orang tanya,nak kahwin umur berapa, saya jawab 25 tahun. Bila dah sampai 25, saya rasa bukan masanya lagi. Saya nak beli rumah dulu. Perkahwinan ini bukan hanya pasangan sahaja yang perlu bersedia, tetapi kita sendiri juga. Lagipun saya impikan majlis perkahwinan bila ada rumah, buat barbeku di belakang rumah,”

Pemilik nama Neeta Manisha Manogaran ini turut mengatakan dia sebolehnya ingin mengelak daripada mempunyai pasangan dalam industri yang sama.

Ketika ditanyakan jika hatinya sudah dimiliki, Neeta enggan mendedahkan sama ada dirinya sedang menjalani hubungan istimewa dengan mana-mana lelaki.

 Dalam perkembangan terkini, Neeta telah melancarkan sebuah single terbaru bertajuk Hanya Mimpi hasil karya komposer Becky Zulkepli. Lagu tersebut merupakan kesinambungan daripada lagu Ruang Mimpi.

“Lagu ini sepatutnya dilancarkan sudah lama sekitar Mac dulu namun tergendala berikutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan,” – Neeta Manisha

Sumber: Astro Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...