Sedia maklum, penyanyi, Shila Amzah dan tunangnya, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli bakal melangsungkan majlis pernikahan pada Sabtu ini.
Terbaru, ibu kepada Shila Amzah iaitu Datin Fauziah Sarman atau mesra dipanggil sebagai Mamazie memuat naik satu hantaran di Instagram yang menarik perhatian netizen.
Lihat dari perkongsiaan itu, Mamazie sedang berdiri di dalam sebuah butik sambil memegang satu busana di tangan.
View this post on Instagram
Hal yang menjadi perhatian ramai adalah kapsyen yang diletakkan dalam hantaran itu, dimana Fauziah bergurau bahawa gilirannya pula untuk berkahwin selepas Shila.
Sekadar info, nama Datin Fauziah menjadi perhatian setelah isu ‘penyondol’ dalam rumah tangganya menular selepas dia mendakwa suaminya, ND Lala sudah berkahwin untuk kali kedua.