“Lepas 2 Minggu Kelemumur Hilang”, Gadis Berhijab Kongsi Rahsia Untuk Elak Kelemumur

Branded

“Lepas 2 Minggu Kelemumur Hilang”, Gadis Berhijab Kongsi Rahsia Untuk Elak Kelemumur

‘Weyh panasnya, gatal betul rasa kepala!!!’

Bagi wanita berhijab, kelemumur merupakan antara masalah rambut yang tidak dapat dielakkan. Mana tidaknya, kadang-kala kita pakai tudung untuk jangka masa yang lama apabila keluar rumah untuk bekerja atau menjalankan aktiviti seharian.

Walaupun kelemumur ni cuma berada berada atas kulit kepala, kehadirannya mampu membuatkan individu jadi tidak selesa kerana rasa gatal di kulit kepala dan kepingan putih yang jatuh di atas bantal, tilam atau ketika memakai pakaian gelap boleh menyebabkan saat-saat yang memalukan.

Bayangkan, apabila anda seharian memakai tudung, kulit kepala pasti terasa gatal dan berbau akibat kelembapan yang terperangkap. Ia kemudian menjadi punca kepada kulit kepala berminyak di mana ia menggalakkan pertumbuhan kulat Malassezia di kulit kepala yang merupakan punca utama kelemumur terjadi.

Apakah punca kelemumur?

Sebenarnya ramai yang tidak faham dan mengetahui mereka mempunyai masalah kelemumur. Sebaliknya, mereka menyangka bahawa kelemumur boleh hilang dengan sendiri.

NAMUN ANDA SILAP!!

Kelemumur merupakan kepingan kulit mati yang terbentuk pada kulit kepala. Biasanya ia datang bersama dengan rasa gatal-gatal, kemerahan, kerengsaan, dan empingan putih yang boleh kelihatan pada rambut, baju (pada bahagian bahu), bantal dan sebagainya.

Apa yang menyebabkan kelemumur?

1. Kulat Malassezia

Kulat ini adalah penyebab kelemumur yang paling biasa. Ia biasanya hidup pada kulit kepala dan memakan minyak yang dirembeskan oleh folikel rambut. Bila tidak terkawal, ia menyebabkan pertumbuhan sel kulit yang berlebihan.

Bila sel kulit tambahan ni mati dan gugur, ia bercampur dengan minyak dari rambut dan kulit kepala untuk membentuk kelemumur.

2. Kulit rengsa dan berminyak

Cuaca panas dan lembap di Malaysia adalah punca yang menyebabkan kulit kepala berminyak dan membawa kepada kelemumur.

Jangan ingat perempuan bertudung saja yang mempunyai kelemumur sebaliknya mereka yang menggunakan produk penggayaan rambut pun tak terlepas, baik lelaki mahupun wanita kerana produk terbabit boleh menyebabkan kulit kepala berminyak.

Apabila kulit kepala berminyak, maka ia mudah terdedah kepada pertumbuhan kulat Malassezia yang boleh membawa kepada masalah kelemumur yang lebih teruk.

3. Pemilihan syampu yang salah

Ramai yang salah sangka, mencuci rambut dengan syampu sudah mencukupi untuk menghilangkan kelemumur. Namun, penggunaan syampu yang salah bukan sahaja tidak akan menangani masalah kelemumur, malah boleh menyebabkan kulit kepala menjadi lebih berminyak.

Bagi menghilangkan atau merawat kelemumur ini, anda perlu menggunakan syampu berubat khusus yang direka khas untuk melawan kelemumur.

Pengguna Twitter kongsi syampu terbaik untuk kelemumur

Selsun Blue BN

@amal_is_reading/@muhdsyurahbill_ (Twitter)

Kami sempat ‘check’ di media sosial, tips untuk merawat masalah kelemumur dan menjumpai pengguna yang mencadangkan syampu rawatan anti-kelemumur Selsun Blue.

Sejujurnya penulis sendiri sebenarnya merupakan pengguna setia Selsun Blue dan syampu ini memang terbukti membantu untuk merawat masalah kelemumur.

Jadi, tidak hairanlah 99% pengguna mengatakan Selsun Blue berkesan merawat kelemumur dan melegakan kegatalan kulit kepala.

Selsun Blue pakar merawat masalah kelemumur

Selsun Blue merupakan syampu berubat yang pakar dalam merawat kelemumur dan membantu mengurangkannya daripada kembali.

Apa yang menjadikan Selsun Blue ini istimewa berbanding syampu anti-kelemumur lain di pasaran ialah, bahan utamanya yang mengandungi 1% Selenium Sulfide. Ia telah terbukti berkesan secara klinikal untuk melawan punca kelemumur dengan berkesan dan anda sendiri boleh melihat perbezaan ketara dalam masa 2 minggu.

Ia dirumus khas untuk merawat masalah kelemumur yang degil dengan penggunaan yang minimum.

Selsun Blue mempunyai 3 variasi berdasarkan masalah kelemumur:

Selsun Blue Extra Strength Shampoo

Anti-kelemumur, melegakan kegatalan kulit kepala dan mempunyai menthol untuk memberikan sensasi penyejukan.

Selsun Blue Extra Moisturizing Shampoo

Anti-kelemumur, dirumus khas untuk menyuburkan dan melembapkan rambut serta membaiki rambut kering dan rosak.

Selsun Blue 2-in-1

Syampu & Perapi Anti-Kelemumur, 2-dalam-1 mengandungi asid hyaluronik dan vitamin B5, untuk rambut normal.

Macam mana nak guna syampu Selsun Blue?

Langkah 1: Basahkan rambut, ratakan syampu Selsun Blue keseluruh kulit kepala.

Langkah 2: Biarkan selama 1-2 minit untuk Selenium Sulfide bekerja melawan kelemumur.

Langkah 3: Bilas sehingga bersih.

Memandangkan syampu Selsun Blue ini merupakan syampu yang berubat, ia tidak boleh digunakan setiap hari kerana bahan aktifnya,Selenium Sulfide boleh menyebabkan rambut menjadi keras dan mengeringkan.

Pengguna disyorkan untuk menggunakan syampu Selsun Blue maksimum sehingga 3 kali seminggu sahaja.

Ucapkan Selamat Tinggal Kepada Kelemumur Dengan Selsun Blue

Jangan biarkan masalah kelemumur terus mengganggu hidup anda. Bertukarlah ke penyelesaian kelemumur yang DIPERCAYAI sekarang.

Anda boleh dapatkannya di farmasi yang berhampiran atau untuk lebih penjimatan anda boleh beli di kedai rasmi di Shopee.

Untuk lebih info mengenai produk Selsun Blue boleh mengikuti mereka di laman sesawang, Facebook, Instagram dan TikTok.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...