Masih ingat dengan wanita dari Indonesia Mondy yang didakwa merupakan seorang gelandangan sebelum dibantu oleh pendakwah Ebit Lew?
Mondy yang mempunyai tatu di muka itu dipuji ramai selepas melihat penghijrahan drastiknya yang terus memakai baju longgar serta bertudung labuh selepas ditemui Ebit Lew.
Selepas dua bulan kisahnya itu tular dan dikagumi, Mondy menerusi TikTok telah memuat naik video baru semalam memaparkan dirinya sudah tidak lagi bertudung dan menutup aurat.
Menerusi rakaman itu, Mondy dilihat kembali kepada imejnya yang sebelum ini dan mempersoal orang yang suka mengambil tahu tentang hidupnya.
Saya ini tak peduli dengan kehidupan kamu, tapi kenapa kamu sibuk dengan kehidupan saya.
@mondy_tatto #beranda #fyppppppppppppppppppppppp #fyp #podcast #mondytatto #sadvibes ? suara asli – Venybaper
Ruangan komen video itu dipenuhi dengan reaksi warganet yang terkejut melihat Mondy membuka tudung semula dan kembali kepada gayanya yang lama.
Dalam pada itu ada yang berkata jika seseorang mahu berubah ke arah lebih baik perlulah ikhlas dan bukan disebabkan orang lain.