“Leona Dah Remove Video Tu..” – Mandi Sungai Pakai ‘Bikini’ Putih, Azhar Sulaiman Akur Silap Anak

Hiburan

“Leona Dah Remove Video Tu..” – Mandi Sungai Pakai ‘Bikini’ Putih, Azhar Sulaiman Akur Silap Anak

Sebelum ini, anak kepada pelakon, Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona telah mendapat perhatian netizen Malaysia selepas video memaparkan dirinya tular di media sosial.

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok, Leona dilihat hanya memakai pakaian renang wanita atau bikini berwarna putih ketika bermandi-manda bersama rakan-rakannya di sungai.

Advertisement

Susulan itu, video tersebut telah mengundang rasa kurang senang orang ramai kerana penampilannya yang mencolok mata sehingga mendedahkan bahagian dada dan punggungnya.

Tampil memberi respon, Azhar memaklumkan dia tidak sempat untuk melihat video tersebut memandangkan anaknya telahpun memadamnya dari media sosial.

Bukan itu sahaja, pelakon berusia 51 tahun itu bersyukur Leona bertindak memadam video berkenaan dan tidak memanjangkan lagi isu ini.

Saya tak sempat nak tengok video bikini putih tu. But whatever it is, saya bersyukur sangat Leona dah removed video tu dan tak panjangkan lagi perkara ni.

Tambah Azhar lagi, dia sebagai bapa hanya mengharapkan yang terbaik untuk anak perempuannya yang berusia 21 tahun itu.

Sebagai seorang ibu bapa, sama macam parents yang lain… we hoping for the best untuk our kids dan saya harap Leona juga boleh belajar dari kesilapan.

@theazharsulaiman

Syukur Alhamdullilah Kami tak sempat tengok video Bikini Putih….. Salam Subuh Geng!

? original sound – AzharSulaiman – AzharSulaiman

Difahamkan, Leona kini berada di luar negara bagi tujuan untuk melanjutkan pelajarannya di sebuah universiti di United Kingdom.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 year ago

"Bapak Dia Mesti Pening.." - Netizen Terkejut Tengok Anak Azhar Sulaiman Mandi Sungai Pakai 'Bikini'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...