Penyanyi dan pengacara, Roslan Shah berang selepas dituduh melakukan maksiat bersama pelakon Johan As’ari gara-gara tidur sebilik ketika mereka sama-sama mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci, Mekah.
Menerusi hantaran di laman Instagram miliknya, Roslan atau lebih mesra disapa Cik Lan berkongsi sekeping foto bersama Johan, serta dua lagi jemaah wanita di Masjid Nabawi, Madinah.
Namun, apa yang menjadi perhatian orang ramai ialah aksi Cik Lan melentokkan kepalanya di bahu Johan telah mengundang rasa kurang senang seorang individu sehingga menuduh dia berbuat maksiat.
“Maksiat. Tidur satu bilik” tulis individu tersebut.
Berang dengan tuduhan itu, Cik Lan meluahkan rasa kecewa kerana difitnah selain mengugut untuk membuat laporan polis ke atas individu tersebut.
Jangan sampai saya buat laporan polis nanti. Jangan suka buat fitnah. Kami masih di Madinah. Memang saya sebilik dengan Johan.
Apalah manusia macam ini. Kami ukhwah sesama Islam. Datuk Ady Putra pun dah beritahu pada saya untuk amalkan persaudaraan sesama Islam.
Dalam pada itu, pengacara berasal dari Singapura itu menjelaskan bahawa dia langsung tidak terfikir untuk melakukan perkara yang bukan-bukan.
Niat saya pun tak fikir apa-apa pun. Masya-Allah.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.