Lengkap Sepasang, Mawar Rashid Bakal Timang ‘Baby Girl’ Untuk Anak Kedua Tidak Lama Lagi

Hiburan

Lengkap Sepasang, Mawar Rashid Bakal Timang ‘Baby Girl’ Untuk Anak Kedua Tidak Lama Lagi

Pelakon yang baru sahaja memenangi anugerah Pelakon Filem Wanita Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2020, Mawar Rashid telah mengumumkan bahawa dia dan suami bakal menimang cahaya mata perempuan tidak lama lagi.

Mawar yang kini sarat hamil 8 bulan telah berkongsikan berita gembira itu menerusi akaun Youtube miliknya, semalam.

Advertisement

Pengumuman mengenai jantina bayi yang bakal lahir tidak lama lagi itu diraikan dalam majlis ‘gender reveal’ di mana Mawar telah dilihat memecahkan belon untuk mengumumkan kepada tetamu mengenai jantina anak keduanya itu.

View this post on Instagram

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid)

Majlis yang dihadiri keluarga serta teman rapat itu difahamkan telah diadakan di The Penthouse,KLCC.

Dalam pada itu, suami kepada Mawar, Raf Yaakob turut mendoakan agar urusan isteri tersayang dalam proses melahirkan itu nanti akan berjalan lancar dan dipermudahkan hendaknya.

View this post on Instagram

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid)

Sekadar info, Mawar dan Raf telah mendirikan rumah tangga pada November 2017 yang lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Rafael pada Mac tahun lalu. Raf juga turut mempunyai dua orang anak hasil perkahwinannya yang terdahulu iaitu Raden Ahmad Rayyan,9, dan Raden Seri Raysaan Chanela yang kini berusia 5 tahun.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...