Seorang wanita ditahan reman selama enam hari selepas dipercayai menetak suaminya.
Wanita berusia 30 tahun itu menggunakan pisau pemotong daging untuk menetak suaminya di lengan kanan.
Menurut laporan Harian Metro, kejadian berlaku di rumah mereka di Pengkalan Chepa, Kota Bharu.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud, berkata wanita itu telah ditahan di rumahnya jam 3 petang semalam susulan laporan dibuat oleh bapa mangsa.
Mangsa berusia 31 tahun ditetak oleh isterinya menggunakan pisau pemotong daging.
Menurutnya lagi, hasil ujian saringan air kencing mendapati, wanita itu negatif dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.