Lengahkan Proses Cerai Sebab Tolak Rujuk, Fara Salleh Haramkan Shuk Jumpa Anak – “Cukuplah Setahun,Tak Sanggup Dah”

Hiburan

Lengahkan Proses Cerai Sebab Tolak Rujuk, Fara Salleh Haramkan Shuk Jumpa Anak – “Cukuplah Setahun,Tak Sanggup Dah”

Melalui Instagram Story isteri pelawak, Shuk Sahar iaitu Fara Salleh, dapat dilihat wanita itu meluahkan rasa kesal dan mengharamkan suaminya bertemu dengan anak.

Keluarga mentua juga diharamkan untuk berjumpa anak kecuali..

Menurut Fara, dia mengambil tindakan sedemikian kerana nekad mahu memberi pengajaran buat Shuk yang kini terlalu menyusahkan dirinya dari pelbagai aspek.

Advertisement

Fara juga menegaskan bahawa keluargaya mampu untuk menjaga serta memberi pendidikan yang terbaik buat anaknya sekira dia meninggal dunia ketika bersalin.

Atas apa yang jadi termasuk semua tuduhan dan gangguan serta urusan dia sulitkan (pendaftaran perkahwin), jangan jumpa anak. Saya haramkan semua itu.

Ig fara salleh

Bukan saja Shuk yang diharamkan untuk bertemu anaknya, malah wanita itu turut mengharamkan keluarga mentua untuk bertemu dengan anak itu, namun akan berubah fikiran jika mereka beri kerjasama dalam menyelesaikan urusan membabitkan mereka.

Susahkan proses bercerai sebab Fara tolak rujuk semula

Dalam pada itu, Fara mengakui berasa terkilan kerana Shuk tidak menghadirkan diri ke mahkamah atas urusan perceraian dan tegasnya, peringatan sudah diberi banyak kali tetapi Shuk seakan-akan sengaja melengahkan kes dan sebaliknya, pilih untuk bercuti dengan anak-anak hasil perkahwinan dengan bekas isteri, Rossa Sera.

Ig fara salleh

Dia ada minta untuk kami rujuk semula, tapi dengan cara paling tak bermaruah. Saya tak nak rujuk sebab memang dah tak nak dekat dia. Cukuplah setahun ni jadi isteri dia, tak sanggup nak hadap benda sama.

Sekadar info, Fara sebelum ini memaklumkan Shuk melafazkan cerai talak satu melalui panggilan telefon.

fara salleh shuk sahar langgan wanita
1 day ago

Fara Salleh Dedah Perbualan Mesej, Dakwa Shuk Sahar 'Langgan' Pelac*r & Isteri Orang

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...