“Lempang, Cekik I Masa I Mengandung” – Pempengaruh Curang, Rupanya Tak Sedar Bertahun Dah Jatuh Talak Tiga Pada Isteri?

Trending

“Lempang, Cekik I Masa I Mengandung” – Pempengaruh Curang, Rupanya Tak Sedar Bertahun Dah Jatuh Talak Tiga Pada Isteri?

Belum lagi reda isu rumah tangga pasangan Alif Teega dan Aisyah Hijanah, kali ini tular pula pendedahan pempengaruh TikTok Hajar Hanif tentang kecurangan suaminya, Mikhail.

BACA: “Aisyah & Fatin Plan Nak Jumpa” – Anggap Kahwin Dua Jalan Allah SWT Susun, Alif Teega Dedah Kenal Fatin Umaidah Sebulan Saja

Advertisement

Menerusi video itu, Hajar merakam Mikhail ketika melakukan konfrontasi di rumah mereka dan berkata suaminya ada membawa perempuan lain dalam rumah ketika ketiadaannya.

hajar

 

Dah bertahun jatuh talak tiga

Bukan itu sahaja, apa yang paling mengejutkan adalah pendedahan Hajar bahawa sebenarnya sudah bertahun-tahun dia dijatuhkan talak tiga.

Katanya, talak tiga itu terjadi kerana beberapa tahun yang lalu Mikhail pernah mengeluarkan perkataan tersebut ketika dia kantoi curang dan berjanji untuk tidak mengulanginya.

Atas sebab cinta, I terima dia kembali. I dijanjikan dan dilafaz ‘kalau i curang, ada nafsu pada mana mana perempuan, ada perasaan suka, cubaan flirt atau apa apa berkaitan perempuan lepasni, kita jatuh talak 3′.

hajar

Menerusi kapsyen itu juga, Hajar meminta sesiapa yang mempunyai bukti rakaman atau gambar menunjukkan Mikhail berada di kelab malam untuk dijadikan bukti.

Sesiapa pernah nampak di ke kelab malam, mabuk dan bersama perempuan tolong sangat share pada Hajar.

@hajarhaniffAssalamualaikum semua, innalillahiwainnailaihirajiun. Tak pernah sangka ini takdir i. Dan lebih parah, kegiatan si dia ni dah bertahun tahun. Dan dah bertahun i sebenarnya dah jatuh talak 3 .Tapi i baru sahaja tahu beberapa harini Macamana boleh jatuh talak 3? Si dia pernah lafaz disaat selepas kantoi kegiatannya setelah 1-3bulan bernikah pada tahun 2017, dia berlaku curang & berbukti kukuh, i nak meninggalkan si dia & dirayu untuk menerimanya kembali . Atas sebab cinta & sayang ,i menerimanya kembali. I Dijanjikan & dilafaz “kalau i curang, ada nafsu pada mana mana perempuan, ada perasaan suka, cubaan flirt atau apa apa berkaitan perempuan lepasni, kita jatuh talak 3” Dan i dengan naifnya berpegang kepada apa yang dilafaz itu & percaya sidia akan sentiasa setia & menyayangi i dengan tulus ikhlas seperti yang dilihat di social media sehinggalah diketahui beberapa hari lepas bahawa kegiatan jijiknya tentang wanita sudah dilakukan bertahun tahun lamanya Hal ini menyebabkan hidup saya trauma & kesihatan saya merosot . Pihak dia mengugut untuk mendapatkan hak penjagaan anak setelah kantoi kegiatan haram yang dilakukan secara bertahun tahun lamanya & masih play victim. I minta tolong sangat supaya sesiapa yang pernah teraniaya & pernah menjadi mangsa si dia (seks atau sebagainya) untuk tampil memberitahu i kegiatannya yang lain yang mungkin belum diketahui Sesiapa yang pernah nampak si dia ke club malam , mabuk & bersama perempuan, tolong sangat share pada hajar di dm. Sebab hajar dah dapat beberapa bukti dari dm. Kalau ada bukti gambar lebih baik. Dia mengugut untuk mengambil anak & pastikan i takdapat hak penjagaan anak anak Ini terlalu kejam. Hati i hancur sehancurnya. Tolong i korang, if ada evidence, give it to me😢 And comment here Btw terima kasih sangat pada team @amnazhan kerana sedia membantu i yang teraniaya. I yang mencari am, bukan am yang cari i. I membawa team kerana risaukan keselamatan i jika ada kekerasan digunakan terhadap i. Rupanya mereka juga teraniaya dalam beberapa hal. I dah tengok bukti yang mereka ada😭 tapi cukup baik kerana belum bongkarkan♬ original sound – Hajar hanif

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...