“Lembik Bangsai Keluar Masuk Jamban” Kerana Makan ‘Ayam Goreng Extra Spicy 3X’

Trending

“Lembik Bangsai Keluar Masuk Jamban” Kerana Makan ‘Ayam Goreng Extra Spicy 3X’

Mengapa ramai rakyat Malaysia gemar makan makanan pedas? Sekarang ini sudah menjadi trend untuk mereka mencuba makanan pedas walaupun menyeksa diri sendiri.

Terbaru McDonald’s telah memperkenalkan menu baharu iaitu ‘Ayam Goreng Extra Spicy 3X’  yang lebih pedas dari  ‘ayam goreng 2X spicy’ sebelum ini.

Seorang lelaki di Facebook telah berkongsikan tentang dirinya yang menjadi lembik setelah menikmati ayam goreng McD sehingga beliau perlu mendapatkan rawatan dari doktor.

Advertisement

Lembik Bangsai keluar masuk jamban. Cilake punya ayam McD! Ayam takde lah pedas mana, tapi tak sesuai dengan perut. Pergi jumpa Doktor terus doktor marah.

“This is another level of junkfood, bukan natural cili atau lada yang awak makan dari pokok tu.. if u terus makan may lead to usus berlubang or kecederaan pada usus awak. Boleh buasir!”

Dengar kata Doktor macam tu, mengucap panjang aku. Soalan aku pada warganet, Aku yang lemah ke atau ayam ni yang gila babas?

Perkongsian lelaki ini di Facebook telah mendapat lebih dari 10 ribu komen dan 7,100 perkongsian sehingga hari ini.

Rata-rata netizen ada yang menyokong apa yang diberitahu oleh lelaki ini dan ada juga yang tidak bersetuju.

Doktor mana keluar kenyataan boleh usus berlubang?

Ayam goreng pedas Mc Donald’s boleh buat usus berlubang.. nak tahu doktor mana buat statement tu.

Cili proses tak elok untuk perut

Ada juga netizen yang berpendapat bahawa kemungkinan cili yang digunakan cili proses dan itu yang tidak bagus untuk perut.

Terima kasih diatas perkongsian dari lelaki ini. Sekurang-kurangnya beliau dapat menyedarkan segelintir orang yang tidak boleh menikmati makanan pedas.

Ingat pilihan itu di tangan masing-masing, jika anda nak makan makanan pedas silakan. Jangan nak cabar mencabar orang lain yang tidak mampu makan makanan pedas.

Sumber: Facebook

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...