Melalui hantaran terbaru Lembaga Zakat Selangor, pihaknya mendedahkan seorang individu bergelar selebriti meminta untuk nama dikeluarkan daripada senarai penerima zakat telah pun menarik perhatian ramai.
Difahamkan daripada perkongsian LZS, selebriti berkenaan sebelum ini merupakan penerima zakat susulan mempunyai halangan untuk bekerja kerana menjaga anak yang menghidap penyakit tulang belakang.
Kini, selepas pemergian anak tersayang dan dengan sedikit ruang yang Allah beri untuk dia kembali bekerja semula, dia memilih untuk keluar sendiri dari penerima bantuan supaya boleh diberikan kepada orang lain yang lebih memerlukan.
View this post on Instagram
Susulan mengambil tindakan sedemikian, LZS memuji sikap selebriti terbabit kerana memahami tanggungjawabnya untuk memberi ruang kepada individu yang lebih memerlukan zakat.
Kami terharu dan kami doakan agar rezeki beliau terus diluaskan dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.