Lemas Tersangkut Dalam Mesin Basuh, Budak 3 Tahun Ditemui Meninggal Dunia

Berita

Lemas Tersangkut Dalam Mesin Basuh, Budak 3 Tahun Ditemui Meninggal Dunia

Seorang kanak-kanak berusia 3 tahun dilaporkan meninggal dunia setelah tersangkut di dalam mesin basuh milik keluarganya di timur laut Paris pada malam Khamis lalu.

Lapor MailOnline, kanak-kanak malang itu ditemui dalam mesin basuh itu dalam keadaan kritikal akibat sesak nafas dan tiada tanda-tanda keganasan pada tubuhnya.

Advertisement
kids machine washingSumber : Google  

Difahamkan, si kecil itu mula disedari hilang ketika ibu bapanya sedang menikmati makan malam dan ahli keluarga mula mencari di bahagian dalam dan di luar kediaman selain meminta bantuan jiran mereka.

Mangsa akhirnya ditemui kira-kira pukul 10.30 malam waktu tempatan dan bapanya segera menghubungi perkhidmatan kecemasan bagi mendapatkan bantuan perubatan.

Menurut si bapa, pintu mesin basuh itu berada dalam keadaan tertutup dan tidak dihidupkan sebelum mangsa ditemui di dalamnya.

Polis siasat
2023-01-12 12:10:50

"Mangsa Tolong Saman!" - Polis Buka Kertas Siasatan Isu CCTV Dalam 'Fitting Room', Netizen Gesa Boikot

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Mail Online