Lemak Daging Melekat, Sampai Malas Nak Basuh Pinggan! Jom Ikut Cara Mudah Ini

Kehidupan

Lemak Daging Melekat, Sampai Malas Nak Basuh Pinggan! Jom Ikut Cara Mudah Ini

Kita semua masih lagi di musim raya Haji dimana masakan utama yang akan dihidangkan pastinya berasaskan daging.

Contohnya, sup daging, sup tulang, daging goreng dan pelbagai lagi menu yang diminati oleh masyarakat kita semasa menyambut raya Haji.

sup daging dinikmati raya Haji

Masa inilah, ramai yang mengambil peluang untuk menikmati sup tulang lembu segar sebagai juadah makan tengah hari.

Advertisement

Rata-rata dari kita semua akan menghadapi masalah setelah menjamu sup berasaskan daging iaitu mencuci pinggan.

Kebiasaan pinggan mangkuk yang digunakan tidak akan dicampur dengan yang lain kerana khuatir lemak-lemak yang tersisa melekat atau berjangkit pada yang lain. Lemak tersebut jika sabun berkali-berkali tetap tidak akan membersihkan pinggan.

Menurut seorang pengguna Facebook, beliau telah berkongsi tips mencuci pinggan mangkuk plastik yang melekat dengan lemak lembu.

Sebelum ini tau guna tepung masa cuci ayam je. Tak pun jirus air panas. Tapi, kenduri kendara mana nak sempat kalau nak jerang air panas kan?

Katanya anda hanya perlu tambah tepung gandum dalam serbuk pencuci baju dan juga air. Jika anda tidak mahu gunakan sabun pencuci baju, cuba guna sabun pencuci pinggan.

gunakan sabun cuci pinggan

Semua lemak yang melekat senang untuk dibuang dan dicuci!

lemak senang untuk dicuci

Jadi, jika anda makan sup daging dan susah untuk dicuci, boleh cuba tips ini di rumah pada raya Haji kali ini. Mudah sikit kerja anda semua.

 

Sumber: Facebook

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...