Lelaki Yang Mempunyai Lebih Satu Isteri, Perlu Mohon Kebenaran Polis Untuk Melawat Isteri Lain

Trending

Lelaki Yang Mempunyai Lebih Satu Isteri, Perlu Mohon Kebenaran Polis Untuk Melawat Isteri Lain

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sudah dilanjutkan sehingga fasa 4 berikutan penularan wabak COVID-19 mungkin memberi kesan kepada lelaki yang berkahwin lebih daripada seorang. Iyalah, terpaksa menahan rindu pada isteri-isteri tercinta, tidak dapat bermanja dan bergurau senda.

Semalam, Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin mengumumkan lelaki yang mempunyai lebih satu isteri perlu memohon kebenaran polis jika mahu bergerak lebih 10 kilometer (km) radius dari kediaman untuk melawat isteri-isteri yang lain.

Menurutnya, pihak polis akan pertimbangkan dan meniliti alasan permohonan itu terlebih dahulu sebelum ia diluluskan atau tidak. Difahamkan, golongan suami boleh membuat permohan di balai polis berhampiran.

Advertisement

lelaki kahwin lebih mohon kebenaran polis lawat isteri

“Seperti prosedur operasi standard (SOP) digariskan dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), orang awam dibenarkan bergerak lebih 10km radius atas sebab tertentu termasuk hal kecemasan namun perlu menyertakan dokumen dan bukti.

Kalau ada yang melawat isteri lain di kawasan berbeza, mereka perlu membuat permohonan di balai terdekat. Polis akan teliti permohonan berkenaan dan terpulang kepada mereka untuk meluluskan permohonan itu atau sebaliknya.”

Suami yang ada lebih seorang isteri jangan lupa untuk minta kebenaran pihak polis lepas ini ya. Bolehlah kembali berkasih sayang dengan isteri-isteri anda. 

Sumber Berita : BH ONLINE

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...