Lelaki Yang Memanah Anjing Dua Kali Dikecam Hebat Di Internet, Anjing Telah Mati

Trending

Lelaki Yang Memanah Anjing Dua Kali Dikecam Hebat Di Internet, Anjing Telah Mati

Beberapa hari lepas, satu gambar yang menunjukkan seorang lelaki dengan busur dan panah telah memanah seekor anjing betina baka Rottweiler telah menjadi viral.


Allan Chong, seorang penduduk Taman Sinaran di Taming Jaya memberitahu lelaki itu telah memanah dua kali seekor anjing di luar pagar rumahnya, mendakwa anjing itu berdiri di situ dan enggan pergi.

Advertisement

Sewaktu saya sampai, jiran saya telah pun memanahnya dua kali. Satu anak panah tertusuk di kaki depan dan satu lagi di belakangnya.

Katanya, anjing itu dipanah antara pukul 8.30 – 9.00 malam, sewaktu Allan sampai ke rumah setelah keluar bersiar-siar.

Saya lihat lelaki itu yang memegang busur dan panah mendekati anjing itu dan mahu memanahnya lagi.

Allan sempat mengalihkan anjing itu dan memanggil pihak polis. Polis seterusnya menasihatkan beliau untuk membuat laporan bagi mempercepatkan siasatan.

Allan memberitahu anjing itu tidak pernah dilihat sebelum ini dan mungkin tersesat.

Dengan bantuan satu badan bukan kerajaan (BBK) kebajikan anjing, iaitu Malaysian Dogs Deserve Better (MDDB), Allan telah membawa anjing itu yang diberi nama Brianna, untuk mendapatkan rawatan di klinik veterinar.

Hasil pemeriksaan, anjing itu didapati buta sebelah mata, dijangkiti kutu dengan serius dan mempunyai masalah kecacingan di hati.

Bagaimanapun, hari ini, MDDB memberitahu bahawa anjing tersebut telah mati kerana masalah kutu di badannya yang menjadi semakin teruk oleh stres dan trauma akibat dipanah lelaki tersebut.

Hasil soal siasat polis, lelaki itu mendakwa memanah anjing tersebut kerana anjing itu mengancam keselamatan anak-anaknya dan bertindak mengikut naluri.

Namun begitu, agak menghairankan bagi kami,  walaupun bertindak mengikut naluri, lelaki itu sempat masuk ke rumah dan mengambil anak panah dan busur bagi memanah anjing itu.

Tambahan pula, terdapat dakwaan bahawa anjing itu tidak mengancam sesiapa, sebaliknya lelaki itu sendiri mengejar anjing itu dan memanahnya.

Pihak polis mengesahkan siasatan telah dibuat dan kes telah dimajukan ke Bukit Aman, dan kini terpulang kepada Timbalan Pendakwaraya Awam untuk memanjangkan kes tersebut.

MDDB juga sedang merancang beberapa aktiviti untuk mendapatkan hukuman buat pemanah tidak bertauliah tersebut. Sila like fanpage mereka untuk turut serta.

Sumber: The Star dan MDDB

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...