Seorang lelaki warga China telah dikejarkan ke hospital di sana setelah sebiji mangga telah tersekat di dalam punding kencing. Dilaporkan lelaki berumur 31 tahun yang namanya disembunyikan parah setelah memasukkan sebiji mangga di dalam saluran kencing dan menekannya sehingga masuk ke dalam pundi kencing.
Difahamkan mangga (bukan buah mangga ya) yang tersekat di dalam pundi kencing beliau itu digunakan bagi tujuan kepuasan seksual. Lelaki ini telah dikejarkan ke sebuah hospital di Bandar Fuzhou, Timur China oleh keluarganya sendiri setelah mendapat tahu akan kejadian tersebut.
Hasil pemeriksaan X-ray menunjukkan dengan jelas sebiji mangga tersekat pada bahagian pundi kencing lelaki tersebut. Pelbagai pemeriksaan telah dilakukan sebelum doktor mengambil keputusan untuk menjalani pembedahan bagi memngeluarkan objek tersebut.
Dilaporkan doktor di sana telah memotong sedikit pundi kencing lelaki tersebut ketika pembedahan dijalankan. Status lelaki tersebut setelah selesai pembedahan masih tidak diketahui, namun dijangkakan lelaki tersebut akan mengalami kesakitan yang perit bagi tempoh yang lama akibat daripada pembedahan tersebut.
Kejadian seperti ini bukanlah yang pertama dilaporkan di China. Sebelum ini pernah berlaku kejadian yang mirip di mana seorang warga lelaki berusia 35 tahun parah apabila membuat “eksperimen” dengan memasukkan beberapa jarum sepanjang 10 sentimeter ke dalam salur kencing.
Dilaporkan sebelum ini lelaki tersebut telah berjaya memasukkan dan mengeluarkan jarum dari saluran kencingnya sebanyak 15 kali dan ianya merupakan sebahagian daripada “hobi” beliau. Doktor menyatakan bahawa lelaki tersebut bernasib baik kerana jarum itu tidak masuk sehingga ke dalam pundi kencing. Jika tidak mungkin nyawa lelaki tersebut boleh melayang.