Lelaki Viralkan Kelemahan Servis MRT Di Facebook, Dikecam Netizen

Trending

Lelaki Viralkan Kelemahan Servis MRT Di Facebook, Dikecam Netizen

Seorang lelaki yang menggunakan nama Fauzi Pojie di Facebook telah memuat naik satu status di akaun Facebook miliknya, mengadu mengenai kelemahan perkhidmatan MRT yang boleh digunakan secara percuma sejak Disember lepas.

mrtanFauzi telah menyenaraikan beberapa kelemahan sewaktu dia mencuba perkhidmatan MRT tersebut, antaranya pintu tren lewat ditutup, air pendingin hawa menitis, ketibaan tren tidak diselaraskan dengen efisien dan pintu tertutup tiba-tiba.

Advertisement


screen-shot-2016-12-22-at-7-56-00-am

Status Fauzi telah menjadi viral dan seperti biasa, apabila mendapat perhatian ramai, pasti maklumbalas yang diterima berunsur positif dan negatif. Bagaimanapun, dalam kes ini, lebih banyak respon negatif diterima.

Majoriti Netizen berpendapat sikap Fauzi yang kuat mengadu sedangkan tidak membayar untuk servis tersebut sebagai sesuatu yang kurang enak.

screen-shot-2016-12-22-at-8-00-30-amscreen-shot-2016-12-22-at-8-00-11-amscreen-shot-2016-12-22-at-8-00-46-am

Ada yang berpendapat Fauzi juga sepatutnya menggunakan saluran yang betul untuk mengadu, bukan dengan memviralkan mengenai perkara tersebut di laman sosial.
screen-shot-2016-12-22-at-8-18-55-am
Apa pun, perkhidmatan MRT sebenarnya masih dalam peringkat percubaan. Kerana itu, pekhidmatannya percuma selama sebulan untuk melihat dan memperbaiki kelemahan yang ada. Apabila perkhidmatan melibatkan orang ramai, tidak semestinya segalanya berjalan dengan sempurna.

Selepas itu, Fauzi bagaimanapun memberitahu dia telah dihubungi pihak Prasarana yang berjanji akan memperbaiki perkhidmatan MRT.

screen-shot-2016-12-22-at-7-56-12-am
Sebelum ini perkhidmatan LRT juga menghadapi masalah tetapi hasil maklumat orang ramai, ia semakin baik. Contohnya, sejak 1 Disember lepas, perkhidmatan LRT dari Ampang ke Sentul Timur diadakan semula, jadi penumpang dari laluan Ampang tidak perlu lagi menukar tren di stesen LRT Chan Sow Lin.

Mungkin silapnya di sini, Fauzi tidak menggunakan saluran yang tepat untuk menyalurkan aduannya. Hasilnya beliau menerima kecaman orang ramai.-amazingnara.com

Sumber: Fauzi Pojie

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...