Lelaki Tular Sembur Racun Serangga Dalam Mulut Disahkan Meninggal Dunia

Dunia

Lelaki Tular Sembur Racun Serangga Dalam Mulut Disahkan Meninggal Dunia

Baru-baru ini tular mengenai seorang lelaki melakukan aksi di luar jangkaan susulan tindakannya menyembur racun serangga ke dalam mulut. Lebih memilukan, apabila lelaki tersebut dikhabarkan telah meninggal dunia.

Pun begitu, keluarga I Wayan Merta yang juga dikenali sebagai Ki Galang Pamungkas mengesahkan kematian pakar spiritual dari Bali itu bukanlah berpunca dari aksi berbahaya yang pernah dilakukannya.

Sembur racun serangga

Advertisement

Ini susulan penularan video memperlihatkan lelaki berkenaan dengan selamba menyembur racun ke dalam mulut sambil bersila dan tidak memakai baju.

Sedikit sebanyak tindakannya itu membuatkan netizen menyangka itu adalah punca kematiannya. Pun begitu, rata-ratanya kelihatan sangat terkejut mendengar berita itu yang dikhabarkan pada ahad lalu.

Kenyataan mengenai punca kematian tersebut dibuat oleh adiknya sendiri, Saputra setelah timbul kesalah-fahaman mengenai abangnya. 

Dia kemudiannya menjelaskan bahawa kematian abangnya adalah kerana serangan jantung berdasarkan rekod dikeluarkan doktor sendiri.

Dia juga memberitahu bahawa video yang tular itu sudah dua tahun lamanya dan berharap masyarakat tidak membuat spekulasi yang menjejaskan nama keluarganya.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...