Lelaki Tukar Kasut Dengan Teman Wanita & Jalan Pakai Heels

Trending

Lelaki Tukar Kasut Dengan Teman Wanita & Jalan Pakai Heels

Seperti yang kita tahu, heels atau kasut tumit tinggi ini merupakan satu keperluan bagi sesetengah wanita di luar sana. Kebiasaannya, wanita suka memakai heels ini ketika keluar berjalan atau ketika menghadiri sesuatu majlis kerana beranggapan yang ia akan membuatkan mereka lebih tinggi dan cantik.

Namun, heels atau kasut tumit tinggi ini kadangkala tidak sesuai untuk dipakai apabila ingin berjalan dalam jangka masa yang lama kerana boleh membuatkan kaki melecet. Selain itu, pemakaian kasut tumit tinggi ini juga berpotensi mengubah postur badan dan menjejaskan kesihatan anda secara keseluruhannya.

Advertisement

Hairul Azreen
5 years ago

Fakta Menarik Mengenai Fesyen Yang Anda Mungkin Tidak Tahu

Disebabkan itu, ada juga yang lebih gemar memakai kasut kerana ia lebih selesa dan mudah untuk bergerak ke mana saja. Ia terpulang pada individu itu sendiri dan mengikut keselesaan masing-masing. Kata orang, lain orang lain kemahuan dan keselesaannya kan?

Seorang wanita meminta untuk menukar kasut dengan teman lelakinya kerana kakinya melecet

Baru-baru ini tular di laman TikTok, sebuah perkongsian video daripada seorang pengguna bernama @sleepyern yang memaparkan seorang wanita terpaksa menukar kasut dengan teman lelakinya kerana kakinya melecet.

Dalam perkongsian video tersebut, kelihatan seorang wanita sedang berjalan bersama dengan teman lelakinya di salah sebuah parking pusat beli-belah.


Apa yang mencuri perhatian ramai penonton perkongsian video tersebut adalah apabila teman lelakinya itu dilihat memakai heels teman wanitanya sambil berjalan ke arah kereta dengan gaya seperti sedang melakukan cat walk.

Teman lelaki itu memakai heels tersebut difahamkan kerana kaki teman wanitnya itu melecet dan disebabkan itu dia sanggup menukar dan memakainya sehingga ke parking kereta.

“Dia dah lama teringin nak pakai heels ni”

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 546.4 ribu tontonan, 51 ribu tanda like dan 552 komen. Rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat gelagat lelaki itu yang terus bertukar gaya jalan ketika memakai heels.

Teman lelaki pakai heels Teman lelaki pakai heels Teman lelaki pakai heels Teman lelaki pakai heels Teman lelaki pakai heels Teman lelaki pakai heels Teman lelaki pakai heels Teman lelaki pakai heels Teman lelaki pakai heels

Teman lelaki pakai heels

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

Ada juga yang berseloroh mengatakan yang lelaki tersebut bertindak menukar gaya jalannya selepas memakai heels kerana dia sebenarnya sudah lama teringin memakai heels.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...