Lelaki Tikam Bekas Isteri Kerana Tak Puas Hati Bercerai, Tuduh Majikan Hasut Agar Tidak Rujuk Semula

Kehidupan

Lelaki Tikam Bekas Isteri Kerana Tak Puas Hati Bercerai, Tuduh Majikan Hasut Agar Tidak Rujuk Semula

Dalam kejadian yang berlaku di Kuala Langat pagi ini, seorang lelaki berusia 45 tahun bertindak menikam bekas isterinya gara-gara tidak berpuas hati selepas perceraian mereka.

Menurut laporan, kejadian itu berlaku pada jam 8.50 pagi di Jalan Redan Kanchong Darat dan mangsa yang berusia 44 tahun cedera di perut kiri akibat ditikam menggunakan pisau.

Advertisement

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Akmalrizal Radzi berkata, suspek yang merupakan warga Indonesia itu telah menggunakan pisau bagi menikam bahagian perut kiri bekas isterinya sebanyak sekali.

Motif kejadian adalah suspek tidak berpuas hati dengan mangsa setelah bercerai selain menuduh majikan mangsa menghasut mangsa untuk tidak merujuk semula hubungan sebagai suami isteri.

@malaysiagazetteSeorang wanita Indonesia mengalami pendarahan dalaman akibat ditikam di bahagian kiri perut oleh suaminya yang juga warganegara Indonesia. Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Supt Mohd Akmalrizal Radzi berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira 8.50 pagi tadi di Jalan Redan Kanchong Darat, Banting Selangor. #PDRM #MalaysiaGazette♬ original sound – malaysiagazette

Kata Akmalrizal, suspek terus melarikan diri selepas kejadian itu bersama sebilah pisau yang digunakannya untuk menikam mangsa yang juga merupakan warga Indonesia.

Mangsa telah dibawa ke Hospital Banting untuk rawatan lanjut dengan hasil pemeriksaan mendapati berlaku pendarahan dalaman.

wanita ditikam bekas suami di Kuala Langat

Akmalrizal juga memaklumkan pihak polis kini sedang giat berusaha untuk mengesan dan menangkap suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menyalurkannya di balai polis berhampiran atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah ini ditalian 03-31872222.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2025-08-14 15:57:51

Lelaki Maut Ditikam Depan Rumah Ada Hubungan Sulit Dengan Isteri Suspek, Baru Kenal Sebulan - Polis

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...