Lelaki Tikam Bakal Abang Ipar Hingga Mati Kerana Cuba Bongkar Statusnya Sudah Berkahwin Dua

Trending

Lelaki Tikam Bakal Abang Ipar Hingga Mati Kerana Cuba Bongkar Statusnya Sudah Berkahwin Dua

Seorang lelaki telah menikam sehingga mati bakal abang iparnya kerana cuba mendedahkan bahawa lelaki itu sebenarnya sudah berkahwin melalui semakan di agensi berkaitan. Sebenarnya, bukan saja dia sudah berkahwin dan mengaku bujang, malah lelaki itu sebenarnya telah mempunyai dua isteri.


 photo Untitled-1.jpg

Laman Facebook Ustaz menjelaskan kronologi sebenar peristiwa tersebut yang berlaku di hadapan Pejabat Agama Islam Negeri Terengganu.

Advertisement

Kronologi kes bunuh di hadapan Pejabat Agama Islam Negeri Terengganu
– Sepasang kekasih dan abang si perempuan pergi ke pejabat agama. Ini kerana abang kandung wanita tersebut mengesyaki yang lelaki itu sudah berkahwin (kasihnya seorang abang kepada seorang adik perempuan ingin memberikan jodoh terbaik untuk si adik).

– si wanita tidak mempercayai kata-kata abangnya yang lelaki tersebut sudah berlahwin (adik lebih percayakan orang lain berbanding abang sendiri kerana…)

-pejabat agama telah mengesahkan lelaki tersebut sudah mempunyai dua isteri, maka berlakulah perang mulut dalam bilik kaunseling.

-sampai tempat parkir, si kekasih adik telah menikam abang kandung wanita itu sehingga mati dan melarikan diri kerana tidak berpuas hati. Inikah yang yang dinginkan wanita itu? Lelaki seperti ini ingin dijadikan suami?

Kepada wanita di luar sana, dengar dan percaya dahulu pendapat ahli keluarga kita dahulu berbanding orang luar kalau hadapi kes macam ini kerana syaitan banyak rupa manusia sekarang ini.

Abang yang mulia ini hanya mahu melindungi adik perempuannya dari ditipu lelaki durjana, namun ini natijah yang diterimanya. Semoga Allah memberi balasan syurga kepadanya dan semoga rohnya dicucuri rahmat. –amazingnara.com


 photo 14717292_10157734298155454_58657546729523359_n.jpg
 photo 14721530_10157734297815454_6978398145384089840_n.jpg
 photo 14725586_10157734297950454_5188478418399795601_n.jpg
 photo 14671194_10157734298035454_8009590750550879283_n.jpg
Sumber: Ustaz

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Comments are closed.