Lelaki Thai Curi 10,000 Seluar Dalam Wanita, Hidu Seluar Dalam Ketika Memandu

Trending

Lelaki Thai Curi 10,000 Seluar Dalam Wanita, Hidu Seluar Dalam Ketika Memandu

Sesetengah orang mempunyai hobi yang pelik, tetapi kalau hobi yang pelik itu tidak mengganggu orang mungkin juga tidak ada apa-apa masalah.

Walau bagaimanapun, seorang lelaki di Thailand mungkin ‘terlebih sudah’. Ini ialah kerana pihak polis telah menahan beliau apabila mendapati terdapat 1,000 helai seluar dalam wanita dalam keretanya, dan lebih mengejutkan, polis menemui 10,000 helai lagi ketika rumahnya digeledah.

Lelaki berusia 48 tahun itu ditahan dengan seorang rakan penjenayah apabila dia memecah masuk ke sebuah bangunan di kawasan Chinatown, Bangkok. Suspek telah mengakui pada polis yang dia telah mencuri dan menyimpan seluar dalam wanita sejak berusia 18 tahun. Tetapi itu juga mungkin bukan yang paling buruk tentangnya.

Advertisement

“Dia sentiasa menghidu seluar-seluar dalam itu, walaupun semasa memandu,” kata Mejar Jeneral Saroj Promcharoen.

Yang lebih kelakar, mereka boleh mendakwa beliau kerana memecah masuk, tetapi tidak untuk mencuri kerana tiada siapa yang membuat laporan mengenai kehilangan seluar dalam, jadi tidak ada plaintif.

Sumber.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...