Lelaki Tertinggal Kad Debit Di Restoran, Wanita Ambil Kesempatan Beli Makanan Dan Barang Keperluan

Kehidupan

Lelaki Tertinggal Kad Debit Di Restoran, Wanita Ambil Kesempatan Beli Makanan Dan Barang Keperluan

Baru-baru ini viral di media sosial apabila rakaman video menunjukkan seorang wanita membelanjakan kad debit milik seorang individu yang tertinggal di kaunter pembayaran sebuah restoran.

Menerusi perkongsian Facebook JDTFC, difahamkan wanita itu turut menggunakan kad itu di beberapa tempat lain selain restoran tersebut.

Advertisement

Terkini, pemilik kad itu memaklumkan bahawa kes berkenaan telah pun selesai setelah pesalah menelefonnya kira-kira pukul 9 malam setelah video rakaman CCTV tersebar.

Dikatakan, ibu kepada tiga orang anak itu juga mengaku menggunakan kad sebanyak 4 kali iaitu dua kali di restoran Woodfire dan dua kali di KK Mart.

Wanita itu turut berkata bahawa wang yang digunakan adalah untuk membeli barang keperluan harian.

Mendengar penjelasan itu, pemilik kad berikut menghalalkan transaksi yang dibuat dan mengaku cuai kerana tertinggal kad di kaunter semasa membeli makanan.

Tinjauan ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan lelaki berkenaan yang bertindak memaafkan si pelaku walaupun kesalahan dilakukan secara terang-terangan.

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah:

dompet hilang masa bantu mangsa kemalangan
2 years ago

Lelaki Tak Perasan Dompet Dicuri Masa Bantu Mangsa 'Accident', Pencuri Siap Guna 'Paywave'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...