Lelaki Terkejut Tengok ‘Portion’ Brokoli Berharga RM26 Dipesan Di TRX ‘Mall’ – “Mungkin Saya Yang Terlalu Miskin…”

Kehidupan

Lelaki Terkejut Tengok ‘Portion’ Brokoli Berharga RM26 Dipesan Di TRX ‘Mall’ – “Mungkin Saya Yang Terlalu Miskin…”

Seorang lelaki berkongsi pengalamannya baru-baru ini ketika makan di sebuah restoran di dalam pusat membeli belah Tun Razak Exchange (TRX) di mana harga yang dikenakan tidak munasabah.

Menurut laporan, lelaki itu telah membuat hantaran di XHS menunjukkan sepinggan sayur brokoli yang dipesan, tiga lamb skewers dan semangkuk ramen di restoran tersebut.

Advertisement

Apabila pesanannya dihantar oleh pelayan restoran, lelaki itu terkejut melihat portion sayur brokoli itu yang hanya ada kira-kira 10 ke 15 potongan sahaja.

TRX mall

Kredit: Wikipedia

Kata lelaki itu, harga bagi sepinggan brokoli tersebut adalah RM26 tidak termasuk cukai.

Adakah ini standard portion dan harga di kedai ramen. Saya tertanya-tanya. Ketika itu, saya berfikir dan membuat kesimpulan bahawa mungkin saya terlalu miskin.

brokoli RM26 di TRX mall

Selain itu, dia juga berkata terpaksa menunggu menu lamb skewers itu selama 30 minit meskipun restoran tidak mempunyai ramai pelanggan ketika itu.

Berdasarkan resit yang dikongsi, lelaki berkenaan telah membayar bil berjumlah RM85.85 termasuk cukai.

makan di TRX mall brokoli RM26

makan di TRX mall brokoli RM26

Ramai yang membaca perkongsian lelaki itu terkedu apabila melihat portion dan harga brokoli yang dikenakan restoran itu namun sesetengah individu dilihat tidak terkejut sama sekali.

Seorang individu berkata harga itu munasabah memandangkan restoran tersebut berada di dalam pusat membeli belah mewah seperti TRX namun kata portion terbabit ‘tidak masuk akal’.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

buah mahal havoc fest
3 days ago

"Jambu Air 2 Biji, Jambu Batu Half Biji & Sikit Nenas Tapi Total RM35!" - Wanita Terkejut Beli Buah Di Food Fest Harga 'Cekik Darah'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : WeirdKaya

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...