Seorang lelaki terkejut mendapati bahawa terdapat individu tidak bertanggungjawab telah menggunakan kad pengenalan miliknya yang diklon untuk membuat pembelian.
Menurut Kosmo, Mohamad Hafis Aliaziz berkata dia mendapat tahu tentang rekod pembelian iPhone 16 Promax 1 TB di sebuah kedai di Cheras menerusi pembiayaan pinjaman sebuah syarikat pinjaman berlesen.
Katanya, perbuatan itu dikesan ketika dia mahu membuat semakan jumlah mata ganjaran oleh syarikat terbabit menerusi aplikasi di telefon bimbit.
Aku tahu MyKad kena klon ni bila aku semak dalam aplikasi, tiba-tiba ada pinjaman beli Iphone 16 Promax 1 TB lebih RM14,000.
Ujarnya, dia pernah kehilangan MyKad pada tahun 2013 selepas rumahnya dipecah masuk oleh pencuri. Dalam kejadian itu, Mohamad Hafis kehilangan dompet dan telefon bimbitnya.
Tambahnya, selepas membuat laporan kepada kedai dan syarikat berkenaan, mereka terkejut melihat gambar MyKad itu berwajah orang lain.
Orang tu dah ‘tepek’ gambar dia di MyKad aku dan guna untuk beli IPhone 16 Promax 1 TB di sebuah kedai di Cheras secara pembiayaan pinjaman.
Mohamad Hafis telah membuat dua laporan polis dan aduan ke Jabatan Pendaftaran Negara sebagai perlindungan diri dan tiada lagi penyalahgunaan kad pengenalan miliknya.
Mengikut polis, kes macam ni susah nak ambil tindakan sebab mereka pun tak tahu dekat mana orang tu berada. Tak tenang hidup aku macam ni. Mana tahu esok-esok dia buat benda bukan-bukan dengan MyKad aku tu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.