Ketika ini boleh dikatakan ramai yang hilang punca pendapatan akibat dari pandemik yang melanda. Siapa yang tak stress, betul tak? Petang semalam, seorang lelaki terjun dari tingkat 10 pangsapuri kerana perniagaan yang diusahakannya gagal. Allahu!
Menurut laporan Harian Metro, kejadian berlaku di pangsapuri di Jalan Bagan Ajam, Butterworth. Pihak polis menerima panggilan berhubung insiden itu dari pengerusi pangsapuri itu sendiri pada jam 6.45 petang.
Pada awalnya, mangsa yang berusia 26 tahun itu menaiki motosikal dan memasuki kawasan pangsapuri tersebut. Kemudian, mangsa terus menaiki lif ke tingkat 10 sebelum duduk melunjur kaki keluar di balkoni kaki lima dan secara terus terjun.
Mangsa maut akibat kecederaan parah yang dialaminya. Menurut soal siasat keatas isteri mangsa, suaminya mengalami kemurungan dan pernah menerima rawatan di sebuah klinik swasta beberapa hari lalu.
Apapun, semoga semuanya baik seperti sediakala agar kita semua dapat menjalani kehidupan seperti sebelum ini.