Lelaki Terima Surat Dari Bangla Prihatin: “Ada Banyak Orang Sudah Tahu Abang Punya Wifi Password”

Trending

Lelaki Terima Surat Dari Bangla Prihatin: “Ada Banyak Orang Sudah Tahu Abang Punya Wifi Password”

Seorang pengguna Facebook, Anuar Ibrahim, merasa terharu apabila menerima beberapa keping nota dari lelaki warga Bangladesh yang memintanya menukar kata laluan wifi rumahnya kepada yang baru kerana ramai orang telah menggunakan wifi itu untuk capaian ke Internet tanpa kebenaran.
WifiPasswordAN

Dengan menggunakan wifi ‘roka_kamal’ rakan-rakan beliau sendiri telah memuat turun lagu, video malah filem lucah!

Advertisement


Keprihatinan lelaki warga Bangladesh yang tidak menamakan dirinya itu memang menyentuh hati. Lelaki itu mendakwa, talian internet tersebut digodam kata laluannya menggunakan aplikasi Android, ‘WiFi Key Master’.

1

2

3
Namun, malang sekali apabila talian Internet ‘roka_kamal’ tersebut bukan milik Anuar.

Dengan itu, sesiapa saja yang menggunakan talian Internet ‘roka_kamal’ tersebut diminta untuk menukar kata laluan segera. Sekiranya anda ingin tahu berapa banyak gajet yang berhubung dengan talian Internet anda, boleh gunakan perisian Wireless Network Watcher untuk komputer peribadi atau muat turun aplikasi ‘Fing’ dari Android Play Store.

Anda boleh melihat sendiri berapa banyak gajet yang terhubung dan sekiranya anda tidak mengenal pasti gajet tersebut, bermakna besar kemungkinan talian Internet anda telah dicuri.

Kata orang, jangan memandang luaran. Ramai di kalangan kita bersikap prejudis terhadap Bangla.

Mungkin ada antara mereka yang tidak beretika, namun bukan semua dari mereka itu jahat. Lelaki Bangladesh yang menghantar nota ini ialah contoh yang ada di kalangan mereka masih berhati mulia walaupun sering dipandang serong.

Thank you, abang Bangla! – amazingnara.com

Sumber: Anuar Ibrahim

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...